Pengerusi DAP, Lim Guang Eng berkongsi berita gembira kepada orang ramai terutama pengikut di platform X miliknya sebentar tadi.
Menerusi ciapan dikongsikan, Ahli Parlimen Bagan memaklumkan dirinya kini sudah dinaiki pangkat dan bergelar Datuk secara alaminya.
“Dengan besar hati mengumumkan, saya kini secara rasmi bergelar Datuk,”ciapnya ringkas.
Bagaimanapun, pengumuman mendapat gelaran Datuk yang dibuat Lim Guang Eng tidak berkait rapat dengan darjah kebesaran khusus buat ahli politik.
Sebaliknya, beliau bangga menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga Lim miliknya iaitu cucu kesayangan.
“Welcome to the Lim family, my dear little one!”umumnya lagi.
Proud to announce that I am officially a Datuk.
Welcome to the Lim family, my dear little one! ❤️
— Lim Guan Eng (@guanenglim) November 20, 2023
Berita baik yang diumumkan oleh ahli politik itu disambut baik dan ramai di kalangan warganet meninggalkan ucapan tahniah kepada beliau.
Artikel lain: Lim Guan Eng Cadang Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Pada Tahun 2030
Sebelum ini, Lim Guan Eng berkata penerimaan sebarang gelaran dalam kalangan wakil rakyat bukan matlamat utama buat DAP.
Jelasnya, apa yang penting adalah berkhidmat untuk rakyat dan tidak kisah jika bergelar Yang Berhormat (YB) kerana ia sudah cukup mulia untuk dibanggakan