Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lemas Punca Bayi Lelaki Empat Bulan Maut Di Taska Hospital

Polis mengesahkan kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ), Bukit Mertajam pada 9 Mac lalu disebabkan oleh lemas.

Menurut laporan Utusan, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail memaklumkan perkara itu ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan kes berkenaan.

“Pemeriksaan awal oleh doktor telah mengesahkan bahawa punca kejadian itu (kes kematian bayi di taska) adalah disebabkan oleh lemas,” katanya selepas melancarkan Op Selamat 26 Hari Raya Aidilfitri 2026 Peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Plaza Tol Juru hari ini.

Foto arkib: Bernama

Terdahulu, Hayl Haarith dilaporkan meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuh di sebuah taska di HSJ selepas dijumpai tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital.

Foto: Media sosial

Susulan insiden itu, dua pekerja taska wanita telah ditahan bagi membantu siasatan, manakala rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai memaparkan kejadian berkenaan turut tular di media sosial.

Foto: Astro Awani

Sementara itu, tempoh reman terhadap kedua-dua suspek yang berusia 22 tahun telah dilanjutkan sehingga 23 Mac bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Utusan (Iswan Shafiq Isa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd