Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Maut Selepas Beri Bantuan Selamatkan 7 Mangsa Kebakaran

Seorang lelaki maut selepas selamatkan 7 mangsa kebakaran yang berlaku di Taman Merinding Garden, Labuan apabila rebah dipercayai terhidu asap tebal.

Selamatkan jiran, ada kanak2 dan warga emas

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, mangsa, Gillian Donald, 41, telah menyelamatkan jirannya termasuklah seorang kanak-kanak dan seorang warga emas menggunakan tangga sebelum rebah.

Kredit foto: FB BES Labuan

Lelaki maut selamatkan 7 mangsa kebakaran kerana sesak nafas

Ketua Polis Labuan, Superitenden Mohd. Hamizi Halim memaklumkan dalam kejadian jam 4.17 pagi itu, arwah secara sukarela membantu dan berjaya menyelamatkan tujuh orang mangsa yang terperangkap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas membantu menyelamatkan kesemua mangsa kebakaran, lelaki tersebut difahamkan tidak bermaya lalu pengsan.

“Bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) telah diberikan namun, mangsa gagal diselamatkan.
“Mangsa dihantar ke hospital dengan bantuan ambulans pada pukul 6.10 pagi dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia disyaki kerana mengalami sesak nafas dipercayai akibat terhidu bau asap yang berlebihan,” katanya.

Ahli keluarga mohon doa roh elaki maut selamatkan 7 mangsa kebakaran ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Dalam pada itu, Facebook sepupu kepada allahyarham telah memaklumkan tentang pemergian Gillian Donald dengan menganggap allahyarham sebagai hero dalam membantu menyelamatkan insan lain yang dalam kesusahan.

Dia juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan supaya roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang syahid.

https://www.facebook.com/s.n.sherafieizuan/posts/pfbid02YYLx5vrvmwVpSPcvcBQF2KNx7miNgwGbesX3kDh7xnPToayN6fHmt8VPeT1Jwd3kl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: 4 Beradik Maut Dalam Kebakaran Minta Berbaju Hitam Raya Nanti

Difahamkan, siasatan awal dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati punca kebakaran dipercayai bermula dari kenderaan yang diparkir di hadapan rumah dan seterusnya merebak ke dalam rumah.

Kesemua mangsa yang terperangkap berada dalam keadaan selamat dan hanya mendapatkan rawatan luar untuk kecederaan ringan.

Sumber: Utusan Malaysia (Suraidah Roslan) Facebook S N Sherafie Izuan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd