Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bertengkar Punca Lelaki Bunuh, Kerat Teman Wanita 65 Bahagian

Seorang lelaki, Alvi Maulana, 24, mengaku menyesal selepas membunuh dan mengerat 65 bahagian tubuh badan teman wanitanya Tiara Angelina Saraswati, 25, sebelum membuang cebisan jasad mangsa di kawasan Pacet, Mojokerto.

Lelaki bunuh, kerat teman wanita

Menurut laporan Kompas, insiden ngeri itu berlaku di bilik mandi sebuah rumah sewa di Lidah Wetan, Surabaya, pada awal pagi 31 Ogos lalu.

bunuh

Foto: Kompas

Rahsia perbuatannya terbongkar seminggu kemudian apabila penduduk menemui potongan tubuh manusia di semak ketika memotong rumput pada Sabtu lalu.

Artikel lain: Mayat Ditanam: Bapa Disyaki Bunuh Anak Direman Di Jempol Selama Seminggu

Antara bahagian yang dijumpai ialah kaki kiri serta pergelangan tangan kanan mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak polis segera menahan suspek dan mendakwanya di bawah Seksyen 338 atau Seksyen 340 Kanun Keseksaan (KUHP) kerana membunuh dengan sengaja atau membunuh dengan niat.

bunuh

Jika sabit kesalahan, Alvi berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Menurut siasatan, suspek dan teman wanitanya sudah menjalinkan hubungan selama hampir empat tahun, namun sering bergolak dengan pelbagai konflik.

bunuh

Foto: Medan Tribunnews

Difahamkan pada malam kejadian, pertengkaran mereka memuncak apabila mangsa didakwa mengunci suspek dari dalam bilik.

“Emosi saya memuncak sebab sudah lama saya pendam. Ada banyak masalah,” kata Alvi.

Walaupun belum berkahwin, pasangan itu difahamkan tinggal bersama di Surabaya. Perbezaan sikap serta perselisihan berpanjangan dipercayai menjadi punca kepada tragedi berdarah berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini, Alvi hanya mampu memohon kemaafan daripada keluarga mangsa atas perbuatan yang dilakukannya.

“Untuk keluarga, saya minta maaf. Saya benar-benar menyesal,” ujarnya.

Sumber: Kompas 

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Sosial

Sebuah pergaduhan membabitkan lima wanita di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, Tangkak, tular di media sosial semalam, dengan penyodok sampah, penyapu dan gayung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd