Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Lebih 80 Peratus Tawaran Ke MRSM Untuk Pelajar B40 – Asyraf Wajdi

Majlis Amanah Rakyat melalui Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) merekodkan pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 khusus buat keluarga berpendapatan rendah B40 adalah melebihi 80 peratus setakat ini.

Menerusi satu kenyataan, Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebanyak 7,424 tawaran telah dikeluarkan kepada pelajar di seluruh negara.

“Lebih dari 6,000 tawaran telah diberikan kepada pelajar B40 untuk ditempatkan ke MRSM.
“Walaupun begitu, laporan perkembangan terkini tentang penerimaan tawaran oleh pelajar golongan tersebut adalah sebanyak 76 peratus,” katanya pada Isnin.

Asyraf Wajdi berkata, pengambilan kuota pelajar B40 kemasukan MRSM bagi sesi 2024 menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan berjaya menyediakan tawaran melebihi daripada peratusan asal, iaitu 60 peratus.

“Sebagai usaha murni kita bagi mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah mendapat kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang terbaik menerusi sistem pendidikan MRSM,” ujarnya.

Perkara ini membuktikan bahawa MARA memberikan hak dan keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah di samping tidak mengetepikan golongan kaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sangat berpuas hati dengan ketelusan, kecekapan oleh pengurusan MARA atas komitmen mereka yang sering memberikan kerjasama terbaik dalam mencapai agenda pemerkasaan modal insan dalam bidang pendidikan Bumiputera,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau juga mengingatkan kepada keluarga pelajar untuk tidak sewenang-wenangnya menolak tawaran yang diberikan atas dasar mengalami kesukaran kewangan.

Beliau turut menyatakan Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI) disediakan MARA bagi membantu kewangan dan kelengkapan persekolahan kepada pelajar B40.

“Program BUDI ini adalah sebagai inisiatif keprihatinan MARA yang memfokuskan kepada pelajar kurang berkemampuan untuk memastikan anak-anak MRSM mendapat kesamarataan dalam sistem pendidikan yang terbaik,” ujarnya.

Terdahulu, Asyraf Wajdi mengadakan lawatan ke MRSM Kuala Kubu Bharu bagi menyaksikan Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan satu yang berlangsung di Dewan Al-Ghazali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd