Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebih 5 Das Tembakan, Isteri Maut Ditembak Suami Berpangkat Lans Koperal

Seorang wanita maut dipercayai akibat ditembak suaminya yang juga seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar, Perlis.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pada jam 7 pagi tadi di dalam bilik kediaman pasangan terbabit di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Jalan Kangar-Alor Setar, Perlis.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusof berkata, suspek baru sahaja tamat syif tugasnya secara tiba-tiba mengeluarkan pistolnya jenis Walther P99 dan menembak isterinya, Safsufarnisya Salleh, 27.

Jelas Yusharifuddin, suspek melepaskan lebih daripada lima das tembakan pada jarak dekat mengenai bahagian muka terutama di bahagian mata sebelah kiri sehingga menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bapa dan ibu mentua, anak saudara lari bertempiaran

Disebabkan itu, bapa dan ibu mentua, anak saudara suspek yang turut mendiami kediaman berkenaan lari bertempiaran meninggalkan rumah

“Bapa mentua suspek kemudian menelefon abang ipar suspek untuk memaklumkan kejadian sebelum menghubungi polis.
“Polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu pada 7.26 pagi kemudian bertindak pergi ke rumah mangsa dan didapati suspek masih berada dalam rumah,”ujarnya.

Suspek diam diri dalam rumah

Suspek juga dimaklumkan masih berada dalam rumah berkenaan dalam keadaan duduk mendiamkan diri disamping pistol yang masih lagi berada dalam genggaman tangannya.

“Cubaan untuk meminta suspek menyerah diri bagaimanapun gagal apabila suspek hanya mendiamkan diri dalam rumah berkenaan.
“Apabila polis berjaya memasuki rumah berkenaan, didapati suspek hanya duduk mendiamkan diri di samping pistol masih lagi berada dalam tangannya,”ujarnya lagi.

Dalam pada itu, mayat isterinya pula ditemui dalam keadaan mengiring di atas katil berkenaan selain turut ditemui beberapa kelongsong peluru di lantai berhampiran.

Mayat kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensi Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis untuk proses bedah siasat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, pihak polis masih menyiasat motif pembunuhan isteri suspek kerana didapati tiada pergaduhan atau pertikaian berlaku antara pasangan berkenaan yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

“Pasangan berkenaan tidak mempunyai anak dan suspek sudah empat tahun bertugas di IPK Perlis,”jelasnya.

Pihak berkuasa juga akan membuat siasatan sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebagainya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Kangar.Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kangar, esok untuk perintah reman.

Sumber: Harian Metro (Aizat Sharif)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd