Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPN Rangka 7 Agenda, Perkenal 2 Agensi Baharu Untuk Capai Dasar Perpaduan Negara

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah merangka beberapa hala tuju termasuk tujuh agenda dan memperkenalkan dua agensi baharu  pada tahun ini bagi mencapai objektif Dasar Perpaduan Negara (DPN).

Menterinya, Datuk Aaron Ngo Dagang berkata, perancangan yang dilakukan pada hujung tahun lalu telah membantu pihaknya mengatur beberapa strategi dan inisiatif bagi mendepani cabaran pelbagai isu yang melibatkan perpaduan di negara ini.

Ujarnya, hala tuju tersebut dirangka bagi memastikan KPN terus relevan dan ke hadapan bagi memastikan kementerian itu mencapai objektif DPN.

“Kini, peranan KPN turut menjadi lebih besar sejak penstrukturan semula agensi kerajaan.
“Sehubungan itu, kertas cadangan penstrukturan dan penyusunan semula bahagian-bahagia di bawah Kementerian akan diteliti dan diangkat untuk pertimbangan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kadar segera,”katanya.

KPN agenda

Maklumnya, beliau juga telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Azman Mohd Yusof untuk meneliti dengan segera berhubung penstrukturan gred dan bilangan perjawatan Pegawai Perpaduan Negeri (PPN) dan Daerah (PPD).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, setiap daerah perlu diwakili pegawai perpaduan yang sewajarnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

KPN rangka tujuh agenda

Oleh itu, KPN komited dalam mencapai objektif DPN dengan merangka tujuh agenda bagi mengeratkan lagi semangat perpaduan antara rakyat.

Agenda yang dirangka KPN adalah Pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Penghayatan Terhadap Rukun Negara, Penyuburan Minat Terhadap Warisan dan Budaya Negara,  Memacu Agenda Digital Negara, Pemerkasaan Sosioekonomi Masyarakat India Di Malaysia, Membangunkan Malaysia Sebagai Hub Kesukarelawan dan Meningkatkan Keharmonian Antara Penganut Agama.

“Melalui perancangan sebegini, Kementerian dapat menetapkan keutamaan, strategi dan inisiatif ‘way-forward’ yang sesuai bagi mendepani pelbagai isu dan cabaran perpaduan yang menjadi delicate fabric di Malaysia ini,”ujar Aaron.

KPN agenda

Bagi mencapai agenda tersebut, KPN turut memperkukuh dua agensi baharu iaitu Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) dan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (dipantau melalui Akta Fungsi Menteri, dibawa kuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkenalan dua agensi ini dapat memberikan kelebihan kepada KPN untuk mencapai tiga objektif Dasar Perpaduan Negara yang menetapkan strategi jangka panjang dalam usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat.

KPN agenda

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Menteri Perpaduan Negara Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya, hari ini.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Sosial

Seorang peniaga dipercayai tiada lesen perniagaan berang apabila barang jualan kena rampas oleh penguat kuasa dipercayai di Dataran Merdeka. @user62935921735153 I don’t know what’s...

Sukan

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin umum bertunang dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu. Berita gembira itu dikongsikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd