Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KPDN Perhebat Ops Gasak, Banteras Penyelewengan LPG Bersubsidi Di Kantin

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meningkatkan usaha penguatkuasaan bagi membanteras penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi, khususnya di premis makanan seperti kantin yang dikenal pasti sebagai antara lokasi utama berlakunya ketirisan.

Menurut laporan Bernama, Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh, menegaskan pihaknya memandang serius isu tersebut dan meneruskan pelaksanaan Operasi Gas Memasak (Ops Gasak) secara menyeluruh bagi memastikan subsidi kerajaan digunakan oleh pihak yang layak.

OPS GASAK

Foto: Bernama

“Ops Gasak di kantin dilaksanakan susulan beberapa kes dikesan melibatkan pihak yang berselindung di sebalik lesen pemborong LPG, tetapi pada masa sama menyalurkan bekalan kepada pihak industri,” katanya.

Beliau menjelaskan modus operandi sindiket terbabit termasuk memindahkan LPG bersubsidi seberat 14 kilogram (kg), yang berharga RM26.60, ke tong tanpa subsidi bernilai RM70. Perbezaan harga itu memberikan keuntungan besar kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Artikel lain: KPDN Johor Siasat Kenderaan Singapura Isi RON95, Teliti CCTV Lengkapkan Siasatan

Sebagai contoh, Dr Fuziah merujuk kepada kes terbaharu di Johor apabila sebuah kantin yang beroperasi sebagai pemborong LPG dikesan menyeleweng tong gas bersubsidi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak terlibat telah diberkas dan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

OPS GASAK

Foto: FMT

Ops Gasak kini dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak, kerana penguatkuasaan LPG di negeri itu tertakluk kepada ordinan serta bidang kuasa kerajaan negeri.

Selain membanteras penyelewengan, operasi ini turut memastikan LPG bersubsidi hanya digunakan oleh isi rumah dan peniaga mikro, selaras dnegan sasaran subsidi kerajaan,

“Dari sudut perundangan, peraturan kita mencukupi untuk melindungi subsidi. Namun, penyelewengan tetap berlaku apabila pemborong menyalurkan LPG bersubsidi kepada pihak yang tidak layak.
“Dalam kes sebegini, pemborong terbabit perlu bertanggungjawab sepenuhnya,”ujarnya.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, sebelum ini memaklumkan bahawa Ops Gasak yang dilaksanakan sejak 1 Mei lalu akan berterusan sehingga 31 Oktober.

Ia merupakan sebahagian daripada Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (Kita Gempur) yang dilancarkan pada 19 Oktober 2024 bagi mengekang salah guna tong LPG bersubsidi dalam sektor industri dan komersial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd