Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KKD Lesenkan Google, META & TikTok Demi Pulangan Kepada Industri Media Negara

Platform media sosial utama, Google, META dan TikTok akan didaftarkan dan dilesenkan bagi memastikan mereka turut memberi pulangan semula kepada industri media negara ini.

Menurut Berita Harian, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya sudah membincangkan perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Platform media sosial itu telah menguasai industri media tempatan dan memberikan impak yang tinggi, justeru beliau berpendapat isu ini perlu dipandang serius.

“Selepas pertemuan MCMC dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan beberapa platform media sosial yang besar seperti TikTok, Google dan Meta, saya sudah membincangkan beberapa perkara dengan MCMC untuk meneliti keperluan bagi mendaftar dan melesenkan beberapa platform terbabit.
“Antara lain kita melihat ada keperluan mempertimbangkan satu mekanisma untuk ketiga-tiga platform ini dapat menyumbang balik kepada industri media di Malaysia,” katanya.

Fahmi Fadzil memberikan kenyataan tersebut ketika menyampaikan Bantuan @ HAWANA kepada kakitangan RTM, Irwan Budi yang menghidap penyakit kronik di kediamannya di Taman Sourabaya Indah, Petra Jaya.

Beliau juga berkata melesenkan tiga platform itu penting kerana banyak kandungan yang dihasilkan oleh organisasi media di Malaysia yang dimanfaatkan oleh platform tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Namun, pulangan kepada organisasi media tempatan amat kurang, jadi kita akan terus meneliti isu itu untuk memastikan ekosistem media di Malaysia mampan dan sihat,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Fahmi juga menyebut berkenaan memperluaskan jaringan keselamatan sosial wartawan sambilan dan pihaknya akan berbincang dengan Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO) berhubung hal tersebut.

“Kini semakin banyak organisasi media menggunakan wartawan sambilan dan kita mahu jika sesuatu berlaku ketika menjalankan tugas, mereka juga mendapat perlindungan keselamatan seperti wartawan sepenuh masa.

“Kita akan berjumpa PERKESO dalam tempoh seminggu dua ini untuk membincangkan usaha mengembangkan skim keselamatan itu kepada wartawan sambilan,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Mohd Roji Kawi)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat seorang anak muda untuk menghadiahkan coklat kepada anak-anak Gaza akhirnya tidak kesampaian, apabila beliau bersama 16 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika...

Sosial

Terkini, sebuah lagi kapal yang berlayar dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua aktivis Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad...

Sosial

Doa seorang sukarelawan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, agar rakyat Palestin dikurniakan rezeki, menjadi nyata apabila tular video...

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd