Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

KJ Anggap Anjur Sukan Komanwel Tindakan Melulu, Potensi Keuntungan Kepada Negara Rendah

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) anggap menerima cadangan anjur Sukan Komanwel 2026 di Malaysia merupakan tindakan melulu.

Memetik laporan Sinar Harian, ini kerana penganjuran temasya itu berbaki dua tahun lagi kerana sesebuah tuan rumah memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun.

Foto: Berita Harian

Katanya, bagi menganjurkan Sukan Komanwel, pelbagai persiapan perlu dilakukan seperti menaiktaraf venue pertandingan, mendapatkan tajaan dan menyediakan infrastruktur bagi temasya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sukan Komanwel bukanlah acara sukan yang penting dan utama.
“Jika dibandingkan dengan temasya sukan lain, ia jauh lebih ketinggalan berbanding Sukan Olimpik atau Sukan Asia daripada segi penyertaan, pendedahan dan peluang.
“Oleh itu, potensi untuk memperoleh keuntungan daripadanya dan mendapat manfaat sampingan bagi negara penganjur akan menjadi minimum,” katanya.

Artikel lain: CGF Tawar Malaysia Ketuai Sukan Komanwel 2026, Berserta Dana RM602 Juta

Sebelum ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi temasya sukan itu.

Malaysia ditawarkan untuk menggantikan Victoria, Australia sebagai penganjur Sukan Komanwel 2026 selepas negeri itu menarik diri atas alasan peningkatan kos penganjuran.

Peningkatan kos penganjuran berkenaan adalah daripada jangkaan awal AU$2.6 bilion (anggaran RM8.09 bilion) kepada AU$7 bilion (anggaran RM21.78 bilion).

Advertisement. Scroll to continue reading.

KJ anggap anjur Sukan Komanwel tindakan melulu

Foto: Berita Harian

CGF juga akan memberikan peruntukan sebanyak 100 juta pound (RM602 juta) kepada Malaysia sekiranya bersetuju menganjurkan temasya berkenaan.

Sekadar info, sebelum ini Sukan Komanwel dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 29 Mac 2026.

Terdahulu, Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel edisi Kuala Lumpur 1998 dengan tema ‘Bersama-sama Gemilangkannya’ dan melibatkan penyertaan 70 negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada edisi Kuala Lumpur 1998, Malaysia menamatkan temasya itu di kedudukan keempat dengan jumlah pungkutan pingat sebanyak 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.

Sumber: Sinar Harian

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd