Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Sabari Baharom, Dua Suspek Direman Seminggu

Dua lelaki direman selama seminggu bagi membantu siasatan kes bunuh pesara FELCRA, Sabari Baharom di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

Menurut laporan Buletin TV3, perintah reman terhadap suspek berusia 38 dan 26 tahun itu dikeluarkan Majistret Anis Suraya Ahmad bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling.

Foto: Buletin TV3

Terdahulu, sebuah trak polis yang membawa suspek dengan kawalan ketat dilihat memasuki Kompleks Mahkamah Sungai Petani kira-kira jam 9.48 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majistret Anis Suraya Ahmad membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 17 Oktober.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Foto: Harian Metro

Sebelum ini, media melaporkan Sabari, 62, hilang pada 3 September lalu dipercayai keluar dari rumahnya menaiki kereta Proton Waja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, mangsa gagal dihubungi ahli keluarga serta tidak pulang ke rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Baling sejak dilaporkan hilang.

Kehilangan itu bertambah misteri apabila kereta milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di Kampung Pulau Belantek, Sik.

Foto: Harian Metro

Ahli keluarga mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun mangsa ke akaun bank milik orang lain dalam tempoh beberapa hari selepas kehilangannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, polis menahan dua suspek terbabit pada 27 September bagi membantu siasatan.

Menurut Datuk Fisol, hasil siasatan lanjut, suspek telah membuat pengakuan bahawa tangan mangsa diikat, manakala mulut ditutup menggunakan pita pelekat sebelum mangsa dicampak ke Sungai Padang Terap, dekat Derang, Jitra.

Operasi pencarian telah dilakukan di sepanjang sungai selama tiga hari dari 30 September hingga 2 Oktober melibatkan pelbagai agensi.

Foto: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, polis memutuskan untuk menghentikan operasi mencari pada 3 Oktober berikutan tidak menemui sebarang petunjuk.

Sebelum ini, dua suspek sama telah pun direman bagi membantu siasatan berhubung kebakaran kereta milik mangsa yang ditemui di Sik, Kedah.

Polis mendapat perintah reman selama seminggu terhadap seorang kontraktor dan anak saudaranya bagi meneruskan siasatan berkaitan pembunuhan berkenaan.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Lokal

Kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri yang ditemui maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Januari lalu disahkan telah selesai, dengan kemurungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd