Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Yusof Mamat Dedah Majoriti Kes Rogol Di Kelantan Suka Sama Suka – “Berlaku Di Rumah, Hotel Bajet”

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan majoriti kes rogol di negeri itu adalah membabitkan suka sama suka.

Menurut laporan Harian Metro, sebanyak 131 kes direkodkan sepanjang Januari hingga September lalu berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak 114 kes.

Kes rogol di Kelantan

Kes rogol di Kelantan

“Majoriti kes rogol di Kelantan adalah suka sama suka dan di bawah umur yang mana kes ini akhirnya keluarga atau pihak hospital tahu, mereka tampil membuat laporan polis.
“Mungkin ada juga yang tidak membuat laporan polis kerana keluarga malu selepas ia membabitkan kes suka sama suka.
“Kes rogol yang kita kesan setakat ini berlaku di rumah mereka sendiri iaitu ada yang mengikut lelaki pergi rumah atau lelaki dijemput datang rumah perempuan. Ada juga situasi baru kenal seminggu sudah ‘bersama’.
“Selain itu, ada yang melakukan perbuatan terkutuk itu di hotel bajet’,” katanya.

Artikel lain: Polis Tahan Suspek Libas Remaja Perempuan Ketika Tunggang Motosikal

Kes rogol di Kelantan

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada ibu bapa di luar sana untuk lebih memantau pergerakan anak masing-masing demi menangani jenayah rogol yang kian membimbangkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dengan keadaan sekarang kita perlu mengambil tahu keadaan sekeliling, bukannya bersikap tidak mengambil peduli,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Sosial

Sekumpulan kanak-kanak teruja apabila mendapat peluang berjumpa dengan usahawan terkenal, Khairul Aming di hadapan restoran Rembayung milik pempengaruh media sosial tersebut. Menerusi akaun TikTok...

Lokal

Ahli politik veteran Britain, George Galloway menolak perbandingan yang mengaitkan konflik Palestin dengan sejarah masyarakat Cina di Malaysia sambil menyifatkannya sebagai tidak adil, mengelirukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd