Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Rogol Dalam Kelas: Dua Calon SPM Terlibat Didakwa

Dua pelajar lelaki berusia 17 tahun yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini, selepas terbabit dalam kes rogol pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah, dua minggu lalu.

Dua calon SPM didakwa ke rogol

Menurut laporan Berita Harian, kedua-duanya berdepan tiga pertuduhan melibatkan kesalahan rogol secara berkumpulan, persetubuhan bertentangan tabii dan amang seksual fizikal.

Seorang daripada mereka mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan, manakala seorang lagi tidak mengaku salah dan memohon untuk dibicarakan.

rogol

Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama merogol mangsa berusia 15 tahun secara berkumpulan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi pertuduhan kedua, mereka dituduh melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Artikel lain: Lagi Kes Rogol Berkumpulan! Empat Termasuk Tiga Pelajar Sekolah Ditahan

Manakala bagi pertuduhan ketiga, kedua-dua tertuduh turut berdepan dakwaan melakukan amang seksual fizikal mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah kelas di sekolah berkenaan pada 30 September lalu, kira-kira jam 2.50 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Datuk Ahmad Sazali Omar, yang mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan terhadap setiap tertuduh memandangkan kes berkenaan serius.

Bagaimanapun, peguam Chua Yong Yi yang mewakili tertuduh pertama memohon jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya baru menjalani pembedahan sinus dan menghidap penyakit hernia (angin pasang).

Tertuduh kedua yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) turut memohon jumlah jaminan rendah serta bersetuju mematuhi syarat yang ditetapkan mahkamah.

rogol

Foto: SInar Harian

Majistret Dr Teoh Shu Yee kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi pertuduhan pertama dan RM1,500 bagi setiap pertuduhan kedua serta ketiga, menjadikan jumlah keseluruhan RM7,000 bagi setiap tertuduh.

Mahkamah menetapkan 26 November depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen kepad tertuduh pertama serta laporan akhlak tertuduh kedua sebelum hukuman dijatuhkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, pada 11 Oktober lalu, empat pelajar lelaki direman enam hari selepas disyaki merogol mangsa secara bergilir-gilir di dalam kelas sekolah yang sama.

Sumber: Berita Harian

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd