Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kes Buli UPNM: Kerajaan Tidak Tolak Ansur Budaya Samseng – PM

Kerajaan menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan budaya samseng dan buli yang berlaku pada semua peringkat sistem pendidikan negara.

Foto: thesun

Menurut laporan Astro Awani, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, budaya membuli atau disebut sebagai gengsterisme tidak diizinkan sama sekali dalam pendidikan, namun begitu beliau menganggap perkara itu hanya berlaku dalam kelompok kecil manusia.

Anwar memberi kenyataan selepas tularnya insiden seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi yang dikatakan menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini saya nak anak-anak memahami (budaya samseng) hanya dalam kelompok kecil dan bukan keseluruhan mahasiswa. Tetapi budaya itu tidak mengizinkan.
“Ini budaya samseng, buli, gengsterisme… dalam sistem pendidkan kita di sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, Maahad Tahfiz atau sekolah agama.
“Ini menyebut ada kegilaan kerana kita bicara soal ilmu dan ritual, serta akhlak dan nilai. Kita ada disiplin ketenteraan tetapi tidak tahu disiplin,” katanya dalam Program Temu Anwar di UPNM, pagi tadi.
Sementara itu, Anwar mengakui budaya samseng dan buli merupakan cabaran besar untuk kerajaan dan kepimpinan universiti termasuk Naib Canselor dan beliau menekankan dalam program pendidikan dan latihan, aspek nilai dan akhlak perlu ditekankan bagi mengelakkan berlaku budaya-budaya yang bertentangan dengan undang-undang.
Foto: Astro Awani
Anwar turut berkongsi bahawa beliau sebelum ini pernah menemui lima bekas penuntut UPNM yang sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh.
Baru-baru ini, seorang penuntut jurusan kejuruteraan di UPNM dilaporkan telah menjadi mengsa buli penuntut senior sehingga mendatangkan kecederaan dipercayai ditekap seterika.
Dalam satu kenyataan semalam, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes tersebut dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber: Astro Awani (Hasimi Muhamad)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd