Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kereta Mewah Dah Dipindahkan, Cristiano Ronaldo Sedia Tinggalkan Manchester United

Bintang Manchester United (MU), Cristiano Ronaldo di fahamkan dalam proses mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan The Red Devils itu susulan beberapa gambar yang menunjukkan kereta-kereta mewah miliknya sedang dipindahkan.

Angkut kereta nak pindah

Menerusi laporan dari The Sun, Ronaldo dilihat memindahkan kereta mewah miliknya iaitu Cadillac Escalade dan Bentley Flying Spur yang masing-masing berharga 150,000 euro (RM692,000) dan 300,000 euro (RM1.3 juta).

Walaupun kini dia sedang berada di Qatar bersama pasukan Portugal untuk saingan Piala Dunia 2022, ia sama sekali tidak menghalang untuknya berbuat demikian.

Menurut pengamal media, pemain pasukan berusia 37 tahun itu telah elah melihat kenderaan tersebut dikeluarkan dari rumah sewa Ronaldo di Alderly Edge, Cheshire yang bernilai 5 juta euro (RM 23 juta).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selamat tinggal Man United

Difahamkan, pemain tersebut sangat menyayangi kereta mewah berkenaan dan sejak kata putus kariernya bersama pasukan MU sudah diketahui minggu lalu, dia terus memindahkan asetnya.

“Dia melakukan perkara yang sama ketika meninggalkan Juventus untuk pergi ke Manchester United.
“Georgina (pasangan Ronaldo) sedang menguruskan semuanya dan kemungkinan besar Ronaldo tidak akan kembali semula ke United Kingdom (UK),” kata sumber.

Untuk rekod, Ronaldo yang telah berada di Manchester United selama dua musim telah mengakhiri kariernya di kelab bolasepak terkemuka itu secara pramatang melalui persetujuan selepas menghadiri temu bual kontroversi dalam rancangan televisyen Piers Morgan.

Dalam temu bual berkenaan, selebriti sukan itu dengan berani menyatakan dirinya seakan dikhianati MU dan mengkritik dengan pengurus kelab terbabit, Erik ten Hag.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Sun

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd