Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Berbincang Dengan PBB Berhubung Situasi Di Lubnan

Kerajaan akan berbincang dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) berhubung serangan Israel ke atas Ibu Pejabat Pasukan Interim PBB di Lebanon, pada 10 Oktober lalu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penglibatan pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 adalah di bawah panji-panji dan mandat PBB.

“Kementerian Pertahanan (MINDEF) melalui Kementerian Luar Negeri akan berhubung dengan PBB melalui saluran yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pasukan pengaman Malaysia berada dalam keadaan yang baik dan bertugas selari dengan mandat yang diperuntukkan.
“MINDEF juga akan terus memantau dengan dekat perkembangan terkini di Lubnan. Tindakan seterusnya akan diputuskan oleh kerajaan setelah berbincang dengan UNIFIL dan PBB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: Bernama

Beliau berkata, tugas dan tanggungjawab pasukan MALBATT 850-11 adalah tertakluk kepada protokol dan peraturan yang telah ditetapkan oleh UNIFIL.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“MINDEF akan mematuhi segala ketetapan dan keputusan yang diputuskan oleh UNIFIL dan PBB tentang peranan UNIFIL selanjutnya di Lubnan,” ujarnya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata Israel perlu menghormati mandat tersebut dan tidak mengheret UNIFIL ke kancah konflik Israel – Hezbollah.

“Serangan ke atas anggota UNIFIL adalah serangan terhadap PBB dan masyarakat dunia. Ia adalah perbuatan yang melanggar segala norma undang-undang antarabangsa dan sangat tidak bertamadun,” katanya lagi.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Lokal

Kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri yang ditemui maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Januari lalu disahkan telah selesai, dengan kemurungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd