Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Ada Rancangan Sandaran Sekiranya MALBATT Terpaksa Berundur

Kementerian Pertahanan memaklumkan Malaysia akan meneruskan komitmennya dalam misi pengaman Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) buat masa ini, walaupun menghadapi cabaran susulan konflik yang semakin tegang di wilayah tersebut.

Menurut laporan Bernama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan mempunyai rancangan sandaran sekiranya UNIFIL terpaksa berundur dari Lubnan Selatan akibat tindakan agresif Israel.

Foto: Reuters

Mohamed Khaled memberitahu pihak mereka sentiasa memantau perkembangan semasa melalui komunikasi berterusan dengan UNIFIL dan negara-negara anggota lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bukan pasukan MALBATT sahaja yang berhadapan dengan serangan malah pasukan dari negara lain seperti Indonesia dan Ireland turut menghadapi situasi yang sama.
“Ia menjadi reputasi negara untuk terus bersama-sama dengan pasukan pengaman UNIFIL yang dianggota lebih 40 negara bagi menjaga keamanan di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama Radio bagi mengulas situasi terkini anggota MALBATT di Lubnan.

Foto: Harian Metro

Mohamed Khaled menegaskan bahawa setiap anggota yang dihantar telah melalui latihan ketenteraan yang ketat dan mempunyai pemahaman jelas tentang risiko yang bakal dihadapi semasa bertugas.
“Mereka ini bukan rakyat biasa,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, enam anggota MALBATT dilaporkan cedera dalam insiden letupan berhampiran Stadium Saida semalam yang dipercayai berpunca dari serangan dron atau pesawat pejuang Israel terhadap sebuah kenderaan.

Foto: Reuters

Kejadian dilaporkan berlaku ketika rombongan sedang dalam perjalanan dari Beirut ke Kem Marakah pada pukul 7.54 malam waktu Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang anggota yang mengalami kecederaan di tangan kini mendapat rawatan di Hospital Hamood, Saida, manakala lima lagi yang cedera ringan telah tiba dengan selamat di Kem Marakah.

Foto: Reuters

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd