Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Keputusan Permohonan Ke IPTA, KK, ILKA Diumum 28 Jun – KPT

Keputusan permohonan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 28 Jun 2024, Jumaat ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, keputusan tersebut yang melibatkan permohonan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh disemak mulai jam 12.00 tengah hari 28 Jun hingga jam 5 petang pada 7 Julai melalui dua platform.

“Secara atas talian melalui pautan https://jpt.utm.my, https://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, https://jpt.ums.edu.my dan https://jpt.umt.edu.my atau melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPT juga memaklumkan bahawa surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada pemohon yang berjaya bermula pada 29 Jun setelah mereka membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran tersebut dalam tempoh yang dinyatakan.

“Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 29 Jun hingga 7 Julai di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA),” ujarnya.

Sementara itu, KPT berkata, hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran pengajian ke peringkat sijil sahaja yang boleh membuat permohonan rayuan dalam tempoh 10 hari mulai jam 12.00 tengah hari 28 Jun hingga jam 5.00 petang 7 Julai 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi kemasukan ke UA melalui UPUOnline® dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my.
“Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline®,” tambahnya lagi.

KPT turut menegaskan bahawa tawaran tersebut adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan.

Manakala dasar pemilihan rayuan pula tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Untuk makluman, pemohon boleh mengajukan sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan UPUOnline® kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA melalui 03-8684 2363, alamat email [email protected], Facebook KEMASUKAN BPKP JPT, Instagram @KEMASUKANBPKA dan TikTok BKPAUPU atau boleh secara terus ke alamat Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62000 Putrajaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd