Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kementerian Digital Pandang Serius Insiden Keselamatan Siber Babit Prasarana

Kementerian Digital memandang serius insiden keselamatan siber ke atas infrastruktur teknologi maklumat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) membabitkan serangan perisian tebusan (ransomware) yang dimuat naik oleh kumpulan menamakan diri mereka sebagai RansomHub pada 25 Ogos lalu.

Difahamkan, Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) telah dimaklumkan mengenai insiden serangan siber ke atas Prasarana pada 26 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Prof. Dr. Mohd Nazri bin Kama

Pejabat Persuruhjaya PDP akan jalankan siasatan

Disebabkan itu, Pejabat Pesuruhjaya PDP dengan serta merta telah mengeluarkan arahan kepada pihak Prasarana untuk menghantar pelaporan Pemberitahuan Pelanggaran Data (Data Breach Notification – DBN) selewat-lewatnya pada 29 Ogos 2024, dimana pihak Prasarana telah melakukan sedemikian.

Susulan daripada itu, Pejabat Pesuruhjaya PDP akan menjalankan siasatan untuk menentukan jenis pelanggaran dan mengenal pasti jenis data yang terlibat.

Mereka juga akan menyiasat sekiranya berlaku sebarang pelanggaran peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709], serta tindakan susulan yang perlu diambil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Pengarah Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Prof. Dr. Mohd Nazri bin Kama

CyberSecurity Malaysia beri bantuan terknikal dalam proses penyiasatan

CyberSecurity Malaysia, salah satu agensi di bawah Kementerian Digital turut memberikan bantuan teknikal dalam proses penyiasatan ini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata adalah amat penting untuk undang-undang bertindak mengikut haluannya apabila Pesuruhjaya menerima notifikasi mengenai pelanggaran data.

“Kita mempunyai undang-undang yang menekankan agar kepentingan data peribadi dilindungi. Kita perlu tegas mengenai perkara ini.
“Pesuruhjaya akan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan siasatan terperinci dijalankan, dan memastikan tindakan susulan diambil berdasarkan hasil siasatan,” katanya.
kementerian digital

Menteri Digital, Gobind Singh Deo

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd