Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kelab Jepun Tunjuk Minat, Mahu Dapatkan Khidmat Pelatih AMD

Kelab Jepun tunjuk minat mahu khidmat Pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Muhamad Irfan Aswad Roslan dan bakal jalani latihan percubaan bersama Shonan Bellmare.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, National Football Development Programme – NFDP telah memuat naik satu kenyataan berkenaan minat kelab J1 League itu terhadap Muhamad Irfan Aswad.

Kelab Jepun tunjuk minat mahu khidmat Pelatih AMD

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0LjePEwen61AUECwa5GMnSVvYFofiwdhp26et71xWezon6Q2RYNoqEU867hkFcLPsl&id=100063685565588

Ia selepas kelab tersebut telah menjemput pertahanan berusia 17 tahun itu untuk menyertai latihan percubaan bermula pada 28 Oktober hingga 11 November ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KKM Sahkan Residu Racun Berbahaya Tidak Libat Anggur ‘Shine Muscat’

“Kerjasama di antara AMD di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bersama kelab luar negara ini merupakan inisiatif kesinambungan dan kemenjadian pelatih bukan sahaja di arena sukan bola sepak tempatan, malah menjadi pilihan kepada kelab-kelab luar negara,” katanya.

Dalam pada itu, NFDP memaklumkan Muhamad Irfan akan diiringi oleh Ketua Jurulatih Bawah 17 tahun AMD, Mohamad Kuizwan Mohd Johari untuk memantau sesi latihan percubaan yang dijalankan.

Sekadar info, Muhamad Irfan berpeluang mengikut jejak langkah penyerang, Luqman Hakim Shamsudin yang menyertai Yokohama Sports dan Muhammad Abu Khalil yang ketika ini mewakili FC Osaka.

Sumber: Facebook National Football Development Programme – NFDP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd