Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kekurangan Air Bersih, Kanak-Kanak Gaza Kini Di Ambang Kematian

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah memberi amaran dimana akses terhad kepada air bersih dan sanitasi di tengah-tengah pengeboman tanpa henti Israel menimbulkan risiko besar kepada kanak-kanak di Gaza,

PBB pada Rabu memberitahu sebilangan besar orang yang hilang tempat tinggal yang digiring ke selatan Semenanjung Gaza oleh perang hanya mengakses 1.5 hingga 2 liter air sehari, jauh di bawah keperluan yang disyorkan untuk terus hidup.

Krisis itu adalah disebabkan oleh penyampaian bantuan terhad dan kemusnahan infrastruktur sehingga mengundang sejumlah besar kanak-kanak terdedah kepada risiko penyakit.

Serangan berterusan Israel terhadap Semenanjung Gaza mmebuatkan separuh daripada penduduk yang majoritinya kanak-kanak telah berpindah ke bandar Rafah sejak awal Disember yang sangat memerlukan makanan, air, tempat tinggal, ubat-ubatan dan perlindungan, kata UNICEF.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memandangkan permintaan terus meningkat, sistem air dan sanitasi di bandar berada dalam keadaan yang sangat kritikal.

UNICEF mengatakan bahawa 3 liter diperlukan setiap hari untuk kelangsungan hidup. Jumlahnya meningkat kepada 15 liter jika air yang diperlukan untuk aktiviti harian seperti mencuci dan memasak.

“Akses kepada jumlah air bersih yang mencukupi adalah soal hidup dan mati, dan kanak-kanak di Gaza hampir tidak dapat minum.
“Kanak-kanak dan keluarga mereka terpaksa menggunakan air daripada sumber tidak selamat yang mempunyai kandungan garam tinggi atau tercemar. Tanpa air yang selamat, ramai lagi kanak-kanak akan mati akibat kekurangan dan penyakit pada hari-hari mendatang,” kata Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell.

Menggunakan sumber air yang tidak bersih adalah faktor risiko untuk kanak-kanak terdedah kepada penyakit bawaan air, dehidrasi dan kekurangan zat makanan.

“Kami melakukan segala yang kami mampu untuk memenuhi keperluan penduduk di Gaza, tetapi peralatan dan bekalan yang kami berjaya sediakan masih jauh dari mencukupi.
“Pengeboman berterusan, bersama-sama dengan sekatan ke atas bahan dan bahan api yang dibenarkan masuk ke wilayah itu, menghalang kemajuan kritikal. Kami amat memerlukan bekalan ini untuk membaiki sistem air yang rosak,” kata Russell.

Doktor dan pekerja bantuan telah amaran tentang penyebaran penyakit dan wabak, sejak permulaan selepas serangan Hamas pada 7 Oktober oleh Hamas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dari 29 November hingga 10 Disember, kes cirit-birit di kalangan kanak-kanak bawah lima tahun melonjak 66 peratus kepada 59,895, dan meningkat sebanyak 55 peratus bagi seluruh penduduk.

Sumber: Al Jazeera

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd