Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Keimanan Rakyat Gaza Jadi Asbab 30 Wanita Australia Peluk Islam

Baru-baru ini, tular di laman sosial memaparkan puluhan wanita di Australia memeluk Islam selepas kagum dengan keimanan penduduk Gaza walaupun dibedil setiap hari sejak 7 Oktober lalu oleh Israel.

Menurut laporan Sinar Harian, kira-kira 30 wanita telah mengucap dua kalimah syahadah di masjid Meadow Heights di Melbourne, Australia.

@sinarharianonline

Tular di media sosial apabila puluhan wanita di Australia memeluk Islam selepas kagum dengan ketahanan penduduk Gaza walaupun dibedil setiap hari sejak 7 Oktober lalu oleh rejim Zionis Israel. Akhbar Turki Yeni Şafak mengesahkan kira-kira 30 wanita memeluk Islam di masjid Meadow Heights di Melbourne, Australia. Laporan itu menjelaskan kumpulan wanita terbabit tersentuh hati melihat keteguhan dan keimanan rakyat Palestin lalu mendorong mereka untuk memeluk agama Islam. Muzik: Big Dream daripada Artlist.io #SinarHarian #SinarTerkini #Gaza #Australia

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi video tersebut, kelihatan puluhan wanita Australia beramai-ramai mengislamkan diri mereka di masjid tersebut telah mengundang rasa sebak ramai.

Mana tidaknya, wanita-wanita tersebut jatuh cinta dengan agama suci tersebut selepas tersentuh hati melihat keteguhan dan keimanan rakyat Palestin.

Alhamdulilah kita dah ada saudara baharu!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira serta syukur dengan keputusan wanita Australia tersebut dan berharap mereka mendapat bimbingan yang benar dalam mempelajari agama dengan lebih mendalam.

Sekadar info, Ketua pertubuhan Program Makanan Sedunia (WFP), Cindy McCain memberi amaran berlaku batasan akses makanan dan minuman ke Semenanjung Gaza ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sistem kemanusiaan di wilayah konflik itu sedang lumpuh. Semua orang di Gaza kelaparan” kata McCain dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Sumber: TikTok @Sinar Harian

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd