Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

KBS Laksana Inisiatif Pembangunan Bakat Sukan Anggota Badan Beruniform

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara akan bekerjasama dengan pasukan beruniform seperti polis, tentera dan bomba untuk menggalakkan pembangunan bakat sukan di kalangan anggotanya.

Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata, keputusan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pembangunan sukan dipengerusikannya, pada Isnin.

Menurutnya, inisiatif itu seiring keperluan sukan semasa seterusnya mewujudkan ekosistem sukan berprestasi tinggi yang dinamik.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mesyuarat bersetuju supaya beberapa elemen diberi perhatian termasuk bantuan peralatan latihan dan sewaan pusat latihan agar sesi latihan dapat dijalankan dengan efisien,” katanya.

Beliau berkata, turut diberi perhatian adalah penganjuran kursus kejurulatihan dan sains sukan dalam kalangan pegawai dan anggota beruniform supaya lebih ramai jurulatih dari kalangan badan beruniform memiliki sijil diiktiraf.

“Penganjuran kejohanan tempatan dan penyertaan kejohanan dalam dan luar negara supaya bakat-bakat ini dapat didedahkan dengan lebih banyak pertandingan di peringkat tempatan dan antarabangsa,” ujarnya.

Ahmad Zahid berkata, badan beruniform juga perlu berperanan aktif dan memberi fokus kepada beberapa cadangan jenis sukan yang boleh diberi perhatian.

“Pemilihan jenis sukan dari agensi uniform seperti sukan sepak takraw (bomba dan ATM), karate (ATM), tinju dan ping pong (ATM), angkat berat (bomba), menembak dan memanah (ATM dan PDRM) turut mendapat perhatian ahli mesyuarat,” katanya lagi.

Foto: Berita Harian

Selain itu, mesyuarat juga bersetuju untuk meletakkan anggota unit beruniform lain seperti kastam, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), turut dimasukkan dalam program pembangunan bakat sukan dalam kalangan badan beruniform.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya menggesa supaya satu kerjasama bersepadu antara semua pihak termasuk kementerian / jabatan / agensi kerajaan, pihak swasta, NGO, ahli akademik dan setiap yang terlibat termasuk masyarakat dalam usaha membangunkan ekosistem sukan,” jelasnya.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; timbalan-timbalan menteri dan ketua-ketua setiausaha kementerian.

Foto: Free Malaysia Today

Turut dipersetujui adalah penganjuran kursus kejurulatihan dan sains sukan dalam kalangan pegawai dan anggota beruniform supaya lebih banyak jurulatih dalam kalangan badan beruniform memiliki sijil diiktiraf.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut menggesa kerjasama bersepadu antara semua pihak termasuk kementerian, jabatan, agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan ahli akademik dalam usaha membangunkan ekosistem sukan demi meletakkan nama Malaysia gah di persada dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd