Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kathryn & Daniel Umum Berpisah Selepas Lebih Sedekad Jalin Hubungan

Pasangan pelakon popular Filipina, Kathryn Bernardo dan Daniel Padilla pilih jalan untuk berpisah selepas lebih sedekad bersama.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Bernardo menerusi laman Instagramnya yang memberitahu dia dan Padilla sudah sepakat untuk memilih haluan masing-masing dan sekali gus menjawab spekulasi mengenai hubungan mereka, sebelum ini.

Kathryn & Daniel berpisah

View this post on Instagram

A post shared by Kathryn Bernardo 🐘 (@bernardokath)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Aktres Bollywood Dipercayai Bunuh Diri Akibat Putus Cinta, Bekas Kekasih Direman

“Apa yang saya dan Deej ada adalah benar. Ia bukan untuk pertunjukan. Kami bersama bukan kerana kamera, bukan kerana peminat, bukan kerana wang yang datang dari pasukan cinta yang berjaya,” katanya dalam catatan Instagram berserta gambar mereka.
“Kami benar-benar bercinta. Kami membesar bersama, bermimpi bersama, dan melihat banyak impian itu menjadi kenyataan masih bersama.” katanya.

Bukan itu sahaja, aktres yang berusia 27 tahun itu mengakui bahawa mereka pernah berpisah untuk beberapa namun kini tidak dapat mempertahankan hubungan tersebut walaupun cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan hubungan mereka selama 11 tahun.

“Beberapa bulan kebelakangan ini memang sukar, tetapi terima kasih kerana memberi kami masa yang kami perlukan untuk memproses kesakitan dan kisah cinta kami bermula dengan hormat dan berakhir dengan hormat.” ujar Bernardo lagi.

Sementara itu, Padilla menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas kekasihnya atas segala pengorbanan, kenangan yang dikongsi bersama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, kecoh di laman sosial hubungan dua pelakon itu mengalami masalah yang disebabkan oleh pihak ketiga namun, Bernardo dan Padilla meminta peminat untuk memberi ruang untuk memahami situasi mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @bernardokath, @supremo_dp

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd