Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Libas Remaja: Tak Sangka Suspek Adik Sendiri – Kakak Ipar Mangsa

“Kami sekeluarga masih terkejut. Tak sangka adik akan dikaitkan dengan kejadian seperti ini, apatah lagi melibatkan ahli keluarga sendiri.”

Demikian luahan seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Yati, 35, kakak kepada lelaki yang didakwa libas remaja perempuan menggunakan objek tajam di Solok Tangga Batu, Tanjung Kling, semalam.

Suspek libas remaja perempuan, adik sendiri

Menurut laporan Kosmo!, Yati berkata, mangsa dalam kejadian tersebut sebenarnya merupakan adik ipar mereka yang tinggal berhampiran rumah keluarga sejak tiga bulan lalu selepas mula bekerja di sebuah kilang sarung tangan di kawasan itu.

libas remaja

Foto: Kosmo!

“Mangsa memang menetap berdekatan rumah mak kami di Tangga Batu, tapi saya sendiri tinggal di Sungai Udang. Jadi, bila terima berita kejadian tu, saya betul-betul tergamam,” katanya.

Tambahnya lagi, adik lelakinya tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda mengalami tekanan atau bermasalah dengan sesiapa sebelum ini.

Artikel lain: Pemuda Libas Remaja Perempuan Kerana Simpan Hati Terhadap Mangsa – Polis

“Dia orangnya biasa saja, tak ada perubahan pelik pun, Tak pernah mengadu ada masalah dengan sesiapa,” jelasnya.

Yati turut memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu bagi menjaga emosi kedua-dua belah pihak yang kini masih terkesan dengan kejadian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mangsa pun keluarga kami sendiri,” jelansya.
libas remaja

Foto: Kosmo!

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.45 petang semalam ketika mangsa, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun sedang membonceng motosikal di Jalan Tangga Batu bersama kakak iparnya.

Mangsa yang bekerja sebagai operator kilang dilaporkan mengalami kecederaan akibat dilibas dengan objek tajam oleh seseorang lelaki yang tidak dikenali, menyebabkan luka sepanjang tujuh sentimeter di bahagian pingggang belakang.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Kosmo! (Amran Ali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd