Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

JPJ Tawar Kadar Kompaun Khas RM150 Untuk Tiga Kesalahan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan kadar kompaun khas sebanyak RM150 bagi tiga jenis kesalahan untuk tempoh enam bulan bermula 3 Januari 2025, seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Kadar Kompaun Khas

Foto: The Edge Malaysia

Tawaran ini meliputi tiga jenis notis saman JPJ iaitu Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115).

“Ketiga-tiganya biasanya kadar kompaunnya ialah RM300. Jadi kita memberikan satu kadar kompaun khas bermula esok 3 Jan untuk selama enam bulan supaya mereka menyelesaikan kompaun ini.
“Sebab saman AWAS ada dua juta saman yang tertunggak… dan memang ada sekatan kepada mereka yang tidak menyelesalkan saman AWAS, sekiranya mereka tidak menyelesaikan saman itu mereka tidak boleh memperbaharui lesen memandu ataupun lesen kenderaan motor mereka,” kata Loke ketika Majlis Pelancaran Pejabat Baharu JPJ.

Pembayaran kompaun boleh dibuat melalui pelbagai saluran termasuk kaunter JPJ, portal awam, kios JPJ, kaunter mobile JPJ dan aplikasi myJPJ. Walau bagaimanapun, pembayaran kompaun khas ini tidak boleh dilakukan melalui MyEG dan Pos Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: JPJ Buat Operasi Mengejut Di Puspakom Seluruh Negara

Selain itu, Loke turut mengumumkan bahawa sistem mata demerit akan dihentikan sementara dari 3 Januari hingga 30 Jun 2025.

Dalam tempoh tersebut, Bahagian Penguat Kuasa JPJ akan menjalankan kajian semula terhadap kaedah pelaksanaan Sistem Mata Demerit.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd