Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Johnny’s Restaurant, Black Canyon Tampil Beri Penjelasan Isu Sijil Halal JAKIM

Pihak pengurusan Johnny’s Restaurant dan Black Canyon tampil memberi penjelasan berhubung isu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Foto: Laman web Johnny’s

Menerusi satu kenyataan, pihak pengurusan kedua-dua restoran tersebut mengakui bahawa mereka belum mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Foto: Laman web IOI City Mall

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, mereka menjelaskan bahawa semua bahan makanan digunakan di premis restoran diperoleh daripada pembekal yang mempunyai sijil halal.

“Pada masa ini, Johnny’s Restaurant dan Black Canyon belum lagi ‘disahkan halal’ oleh JAKIM.
“Kami ingin meyakinkan pelanggan bahawa semua bahan makanan yang digunakan di restoran kami termasuk ayam, telur, daging dan bahan mentah lain diperoleh daripada pembekal yang memiliki sijil halal.
“Salinan sijil-sijil ini dapat dirujuk di semua restoran kami, jika perlu selain tiada penggunaan sebarang alkohol atau wain dalam pemprosesan atau penyediaan makanan serta minuman kami,” katanya pada Selasa.

Pada masa sama, kedua-dua pihak pengurusan juga berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan halal daripada JAKIM dan berharap penjelasan yang diberikan dapat mengurangkan keraguan dalam kalangan pelanggan.

“Kami memahami kepentingan pensijilan halal dan sedang berusaha untuk mendapatkan sijil halal daripada JAKIM untuk perolehan berpusat (Central Kitchen) dan pensijilan individu untuk semua cawangan kami.
“Kami berharap penjelasan yang dikemukakan akan menangani rasa bimbang semua pelanggan,” ujarnya.

Terdahulu, JAKIM memaklumkan terdapat lima premis makanan bukan pemegang sijil halal iaitu Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw.

Sumber: Facebook Johnny’s Restaurant

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd