Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Johan Ghazali Terus ‘Mendunia’, Perlu 36 Saat Tumpaskan Edgar Tabares

Petinju Muaythai negara, Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar atau dikenali Jojo Ghazali berjaya menumpaskan lawannya, Edgar Tabares dalam tempoh 36 saat sahaja.

Kepantasan petinju berusia 17 tahun itu telah menumpaskan Tabares dengan pukulan ‘knockout’ (KO) pada pusingan pertama dalam pertarungan ONE Fight Night 17 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.

Dalam perlawanan itu, Johan melakukan serangan melalui dua tumbukan padu di muka dan satu di rusuk juara MuayThai Antarabangsa WBC.

Lawan berusia 29 tahun itu ternyata tidak dapat menampung serangan dilakukan Jojo sehingga menyaksikan Tabares tertunduk menahan kesakitan sebelum Jojo diisytiharkan sebagai pemenang menerusi keputusan knockout.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Johan meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka perlawanan tersebut adalah sesuatu yang menakjubkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Minggu pertarungan yang sibuk tetapi saya bersyukur (dengan kemenangan ini). Alhamdullilah. Terima kasih ALLAH untuk segalanya.
“Ia menakjubkan. Saya berada di pentas besar sekarang dan ini adalah permulaan, banyak lagi pertarungan besar akan datang.
“Saya akan ambil masa saya, langkah demi langkah. Nama saya Johan dan dalam bahasa Melayu ia bermakna juara,”katanya.

Katanya lagi, kemenangan itu tidak terhenti di situ sahaja. Sebaliknya akan meneruskan misi menjadi juara termuda One Championship Muay Thai pada masa akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, media melaporkan Johan berjaya melakar sejarah dengan mengikat kontrak ONE Championship bernilai USD 100,000 (RM467,000).

Petinju muda itu melakar rekod selepas menumpaskan petarung Rusia, Temirlan Bekmurzaev secara knockout (KO) dalam ONE Championship Thailand.

Artikel lain: “Saya Dapat Kontrak ONE Championship Sebelum Memiliki Lesen Memandu”- Johan Ghazali

Beliau juga menyifatkan kontrak tersebut sebagai ‘gila’ kerana tidak dapat menggambarkan perasaan gembiranya selain menjadi atlet petarung termuda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Johan Ghazali

Johan  Ghazali

Sumber: Instagram @onechampionship,

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN Anas Zul Amirul Sidi, terus menjadi perhatian apabila kisah rumah tangganya bersama bekas isteri, Suffi Sofea, terbongkar penuh...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menggunakan pendekatan konsep Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) bagi meningkatkan kerjasama antara pasukan keselamatan dan masyarakat setempat dalam usaha...

Lokal

Satu sindiket dadah di Lembah Klang yang menyamar sebagai pengusaha besi buruk, ladang ayam dan kebun kelapa sawit akhirnya tumpas selepas polis merampas 2,381...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd