Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Johan Ghazali Akui Khilaf, Tiada Niat Rendahkan Martabat Silat

Petinju Muaythai negara, Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar atau lebih mesra disapa Jojo menjadi bualan hangat ramai selepas mendakwa bahawa Muay Thai lebih realistik berbanding silat.

Enggan untuk membiarkan perkara tersebut menjadi topik hangat ramai, peminat silat yang dikenali sebagai Azrul Affandi Sobry berpeluang menghubungi Jojo untuk mendapatkan keterangan mengenai isu tersebut.

Jelasnya, Jojo tiada niat untuk merendahkan martabat silat dimana dia hanya mengulas sukan tersebut seperti mana soalan yang diajukan oleh pengacara.

Tegasnya, dia sangat menghormati sukan silat dan meluahkan rasa kecewa apabila pengacara memotong beberapa bahagian yang sepatutnya dimasukkan dalam video tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 Johan Ghazali

https://www.facebook.com/penceritaTV/posts/pfbid0PYXzjDbpDpAWfhekxkGJZMLCJkxp58aNAhBqAjHaYByudBaDXAL1SUGW5vTc8WC5l

Artikel lain: Johan Ghazali Dinobat ‘Breakout Star Of The Year’ One Championship

“Selesai sembang dengan Jojo tadi. Dia akui tak ada niat pun retakkan hati atau merendahkan orang silat.
“Dia hanya ulas pasal sukan. Tapi dia akui khilaf dia bergurau ajak orang silat TRY. Tapi katanya itu semua sebab pengacara yang provoke atau bagi soalan perangkap,” ujar Azrul.

Sebelum ini, Johan Ghazali memberi pandangan peribadinya yang kurang menggemari sukan silat ketika menjadi tetamu undangan diundang oleh pemengaruh media sosial TikTok, Yousaff.

Dalam video itu, atlet berusia 17 tahun mengakui belum pernah berjumpa dengan mana-mana pesilat yang betul-betul hebat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tak tahu sebab silat yang aku nampak, bukan aku nak jatuhkan sukan mereka, tapi silat olahraga yang aku tengok mereka lawan itu macam sejujurnya dia rasa tak real.
“Sebab di orang tak boleh tumbuk muka, and mereka punya port sistem pelik, boleh bantahlah boleh itu inilah. Jadi rasa Muay Thai lebih real and lebih authentic,” katanya.

Apa yang membuatkan orang ramai kurang senang dengan Johan apabila dia memberi cabaran kepada pesilat untuk berentap bersamanya.

Sumber: Facebook @Azrul Affandi Sobry 

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) ditahan polis selepas kejadian seorang pendaki yang ditemui maut ketika mendaki di Gunung Liang, Muallim, Tanjong Malim, semalam. Dua...

Lokal

Pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, yang ditemui meninggal dunia di puncak Gunung Liang di Muallim, Tanjong Malim, semalam ditemukan berseorangan dalam keadaan seakan tidur...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd