Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

JDT Di Ranking Kelapan Terbaik Asia, Kelab Nombor Satu Asia Tenggara

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) termasuk dalam ranking kelapan terbaik di benua Asia sekali gus mengenepikan beberapa kelab Korea dan Jepun.

JDT menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, skuad Harimau Selatan itu juga menjadi kelab nombor satu di Asia Tenggara mengatasi kelab-kelab dari Thailand.

Foto: FB JOHOR Southern Tigers

“Kelab bola sepak JDT kini berada di ranking ke-279 dunia, kelapan di Asia dan pertama di Asia Tenggara berdasarkan data yang dikeluarkan laman Opta Power Ranking pada 28 Ogos 2024.
“Laman analisis bola sepak ini menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia.

Foto: FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tidak ada pasukan lain dari Malaysia berada dalam senarai ‘top’ 1,000 seluruh dunia,” katanya.

JDT turut memberitahu bahawa kelab mereka menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit pada musim ini.

Foto: FB JOHOR Southern Tigers

Juara Piala FA 2024 itu akan memulakan kempen pertama dengan menentang wakil dari China, Shanghai Port yang dijadualkan berlangsung di tempat lawan pada 18 September depan.

Kejayaan kelab itu juga sekali gus menempatkan mereka dalam kelompok 10 kelab elit Asia, dan hanya dipisahkan dengan enam anak tangga dengan kelab Al Nassr dari Arab Saudi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd