Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jaga Diri, Dr Noor Hisham Sahkan Dua Varian Utama China Dikesan Di Malaysia

Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan kita dilihat kian lupa memakai pelitup muka dan menjaga jarak sewaktu berada di tempat awam sehingga lupa akan kewujudan COVID-19.

Terbaharu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dua varian COVID-19 utama dalam penularan penyakit itu di China iaitu BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia.

Katanya, kedua-dua varian berkenaan dikesan dalam 80 peratus kes COVID-19 di China. Setakat 31 Disember lalu, sebanyak 4,148 kes positif melibatkan BA.5.2 manakala tiga lagi kes adalah BF.7 dikesan di Malaysia.

Bagaimanapun, kedua-kedua varian berkenaan tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum tergolong sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walau bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China.
“Tetapi belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan pada Isnin.

Untuk pengetahuan, BF.7, singkatan untuk BA.5.2.1.7, berasal daripada varian Omicron BA.5 dan pertama kali dikesan di dunia pada Julai 2022.

Dalam pada itu, beliau memberitahu varian XBB dikesan mendominasi penularan COVID-19 di negara ini sepanjang Disember lalu. Malah, subvarian Omicron merangkumi 55.4 peratus daripada bilangan sampel yang menjalani penjujukan genom.

Jelas Dr Noor Hisham, varian XBB juga masih merupakan varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak Oktober lalu.,

“Ia diikuti dengan varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus). Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian LUM WHO,” katanya.

Selain itu, data daripada negara-negara lain yang mengalami penularan XBB seperti Singapura dan India menunjukkan peningkatan bilangan kes jangkitan semula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, peningkatan itu berlaku dalam kalangan penduduk yang dijangkiti semasa gelombang Delta atau dijangkiti oleh varian membimbangkan (VOC) Omicron sekurang-kurang enam bulan lalu.

Dr Noor Hisham berkata, kejadian jangkitan semula berlaku disebabkan ‘immune escape’ yang lebih tinggi oleh XBB.

“Ini mungkin disebabkan oleh tahap antibodi yang sudah mula berkurangan dan menyebabkan jangkitan semula tidak dapat dielakkan,”jelasnya.

Semua orang dinasihatkan untuk menjaga diri daripada membendung berlakunya penularan COVID-19 kepada orang lain.

Sumber: Astro Awani (Hasimi Muhamad)
Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd