Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Jadi Sasaran Fitnah Musuh Islam, PAS Kekalkan Persaingan Secara Damai

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) masih tetap dengan pendirian untuk bersaing secarai damai meskipun mereka sering menjadi sasaran fitnah musuh Islam lebih-lebih lagi selepas kejayaan di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden PAS,  Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa kejayaannya dalam PRU-15 yang sekali gus memenangi banyak kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu telah menyebabkan parti itu menjadi sasaran utama fitnah di seluruh pelosok dunia.

Foto: FB Abdul Hadi Awang

Namun begitu, beliau berkata, PAS akan mengekalkan prinsip demokrasi dalam persaingan walaupun jenama bahaya gelombang hijau ini sering ditakut-takutkan oleh masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sehingga ditakut-takutkan masyarakat dengan jenama bahaya gelombang hijau.
“Walau bagaimanapun, Pas tetap memilih pendekatan perlawanan secara damai berprinsipkan demokrasi walaupun berlawan di atas padang yang tidak sama rata dan sistem yang tempang terhadap Islam,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Foto: The INS News

Sementara itu, Abdul Hadi berpendapat bahawa meskipun umat Islam melakukan kesalahan kecil, ia akan diperbesarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab memandangkan gerakan Islam di seluruh dunia sedang diawasi secara ketat.

 

“Apa sahaja perkara yang kecil akan dibesar-besarkan untuk sebaran atau dicipta yang tiada tindakan semata-mata untuk membawa wajah buruk terhadap Islam,” ujarnya.

Sumber: Facebook Abdul Hadi Awang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Sosial

Seorang pemuda tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita dikerat, sambil menceritakan semula hubungan ibunya dengan...

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd