Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Sandwhich Ham & Cheese: KK Mart Beku Semua Urusan Perniagaan Dengan Pembekal

KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) telah membekukan semua urusan perniagaan dengan pembekal produk sandwich ham & cheese yang dijual di salah satu cawangannya di Universiti Malaya (UM).

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan rangkaian kedai serbaneka itu turut memaklumkan kemasukan produk daripada Shake and Bake Cafe tersebut ke semua cawangan kedai dihentikan.

KK Mart

Foto: Berita Harian

“Untuk makluman semua, produk sandwich itu dikilangkan dan diusahakan oleh syarikat Shake And Bake Cafe Sdn Bhd dengan produk terbabit dipasarkan kepada pelanggan melalui beberapa platform perniagaan termasuk KK Concept Store.
“Pihak syarikat berkenaan mengemukakan sijil halal bagi kepingan ayam dan kepingan keju serta penulisan perkataan itu adalah daripada pihak syarikat itu.
“Tulisan dipamerkan pada bungkusan roti sandwic itu juga adalah daripada pihak syarikat terbabit,” katanya pada Isnin.

Justeru itu, pihak KK Mart semalam turut mengeluarkan kenyataan menerusi peguam yang dilantik dengan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada syarikat berkenaan pada 10 Januari dan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KK Mart

Foto: Sinar Harian

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah melakukan serbuan di kilang pengeluar di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor, pada Jumaat lalu.

“Pihak kami (KK Supermart) bersedia memberikan kerjasama sebaiknya.
“KK Supermart juga memandang serius dengan perkara itu dan sekali lagi menyatakan akan sentiasa memberi kerjasama dengan pihak berkuasa di dalam membantu siasatan.
“Demi menjaga kepercayaan dan keselamatan pelanggan, kerjasama penuh akan diberikan dalam memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang mencemarkan keyakinan dan kesejahteraan pelanggan kami,” ujarnya.

Artikel lain: Ketua Pemuda UMNO Desak Siasat Penjualan Sandwic Ham Ada Unsur Khinzir Di KK Mart UM

KK Mart menyatakan bahawa syarikat itu memandang serius perkara tersebut dan mengambil langkah bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd