Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Isu Peruntukan : AMH Anggap PN Pembangkang Terburuk Dalam Sejarah

Angkatan Muda Harapan (AMH) menyelar tindakan pihak yang melabel mereka sebagai hipokrit dalam isu peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang, yang melibatkan pemimpin utama Perikatan Nasional (PN).

Ketuanya, Woo Kah Leong, menegaskan bahawa sejak Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, PN sebenarnya tidak pernah berniat untuk membincangkan soal peruntukan.

Beberapa hari lalu, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, menyatakan bahawa terdapat asas kukuh bagi mereka untuk menolak memorandum persefahaman (MOU) yang ditawarkan kerajaan. Namun, Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, memberi kenyataan berbeza dengan menyebut bahawa pembangkang akan menghantar surat rundingan pada minggu ini.

Isu peruntukan

Isu peruntukan

“Sejak Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, meminta pembangkang untuk berunding seawal 2023, apakah langkah konkrit yang telah diambil oleh PN?
“Adakah PN hanya lantang bersuara di Dewan Rakyat, tetapi pada masa yang sama tidak pernah menghantar surat balas untuk mengadakan rundingan peruntukan, walaupun telah diingatkan berkali-kali oleh perdana menteri?
“Maka, boleh dikatakan PN adalah pembangkang paling tidak bertanggungjawab dan Talam sejarah negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini merupakan kenyataan pertama Woo sejak dilantik sebagai Ketua AMH yang baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan dakwaan Muhyiddin bahawa PN mempunyai sebab tersendiri untuk tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan kerajaan dalam MOU peruntukan kepada pembangkang.

Artikel lain: Selepas UMNO, BN Juga Tiada Kaitan Dengan Siasatan Kes Ismail Sabri – Zambry

Isu peruntukan

Muhyiddin mendakwa syarat yang dikenakan adalah luar biasa dan terlalu ketat, seolah-olah pembangkang perlu menyerahkan sepenuhnya kuasa mereka kepada kerajaan.

Pada 22 Februari lalu, Anwar sekali lagi menggesa pembangkang supaya berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, berhubung isu peruntukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menegaskan bahawa perbincangan sedemikian bukan perkara baharu, malah Pakatan Harapan (PH) sendiri pernah menandatangani MOU dengan Ismail Sabri Yaakob ketika beliau menjadi perdana menteri.

Woo turut menggesa PN untuk bersikap proaktif seperti PH semasa menjadi pembangkang dahulu.

“Kejayaan PH mendapatkan peruntukan kawasan dan menyokong usaha meluluskan Akta Antilompat Parti membuktikan bahawa pembangkang sepatutnya memainkan peranan semak dan imbang, selain turut serta dalam usaha reformasi institusi.
“Sebaliknya, pembangkang kini bukan sahaja enggan berunding, malah tidak menyokong langsung usaha reformasi institusi seperti Akta Perkhidmatan Parlimen,” katanya.

Woo turut menyeru PN agar menghentikan sebarang usaha menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang kerana syarat utama dalam MOU adalah kestabilan serta kelangsungan kerajaan.

“Belajarlah untuk menghormati mandat rakyat, membantu menurunkan suhu politik, dan mengekalkan kestabilan negara.
“Ini bukan sesuatu yang sukar kerana setiap pembangkang sepatutnya menyelia dasar kerajaan, bukannya memainkan isu perkauman dan keagamaan,” katanya.

Sumber: Malaysia Kini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Lokal

Ibu kepada salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd