Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Isu CEO Pos Malaysia & Seragam Baharu: Kesatuan Gesa Henti Salah Faham

Susulan isu tular melibatkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer mengenai pembekalan pakaian seragam baharu kepada kakitangan, Kesatuan Gred Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia tampil memberikan penjelasan rasmi.

Kenyataan CEO Pos Malaysia tak bermaksud rendahkan kakitangan

Menerusi satu kenyataan media di media sosial, pihak Kesatuan memaklumkan bahawa kenyataan  Charles Brewer tidak bermaksud untuk merendahkan mana-mana kakitangan.

Kesatuan telah mendapatkan penjelasan daripada beliau sehari selepas komen tersebut tular dan memahami bahawa terdapat salah faham yang berlaku.

“Kesatuan memahami bahawa bukan maksud beliau untuk memperlekehkan kakitangan tersebut, cuma terdapat salah faham dan beliau sendiri telah mengakui kesilapan tersebut dan Kesatuan menyeru agar isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan sehingga menimbulkan salah faham terhadap niat sebenar beliau,” jelasnya.

Artikel lain: Seragam Pekerja Rosak: CEO Pos Malaysia Mohon Maaf, Tekad Lebih Empati dan Prihatin

Advertisement. Scroll to continue reading.

CEO Pos Malaysia beri komitmen tinggi dekati kakitangan

Malah menurut Kesatuan, sepanjang tempoh perkhidmatan Charles sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, beliau telah menunjukkan komitmen tinggi dalam mendekati kakitangan di pelbagai peringkat dan sentiasa berinteraksi secara langsung dengan ahli-ahli kesatuan dan kakitangan.

Kenyataan tersebut juga menyentuh tentang isu kelewatan pakaian seragam baharu dimana pihak Kesatuan menjelaskan bahawa kelewatan berkenaan berlaku kerana proses penambahbaikan dari segi material dan kualiti agar lebih selesa untuk dipakai.

Sebagai penyelesaian sementara, jersi Pos Malaysia telah diedarkan kepada anggota-anggota Kesatuan yang terlibat dan proses pengedaran ini dijalankan secara bersama antara Kesatuan dan pihak Pengurusan.

“Pihak Syarikat telah memberi komitmen untuk menambah keperluan keselamatan seperti kasut keselamatan dan sarung tangan kepada posmen serahan,” katanya lagi.

pos malaysia

Pihak Kesatuan turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan atas usaha berterusan menjaga kebajikan kakitangan serta keterbukaan dalam menyelesaikan isu-isu yang timbul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesatuan dan Pengurusan akan terus menjalinkan kerjasama erat demi kepentingan semua pihak.

Sumber: Facebook POS Malaysia Berhad

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd