Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isteri Dicerai Talak Tiga Selepas Suami Dapat Kerja ‘Gomen’

Dalam hidup berumahtangga, kesetiaan dan pengorbanan tidak selalu dibalas dengan penghargaan. Itu yang berlaku kepada Melda Safitri, 33 tahun, seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak dari Aceh Singkil.

Isteri dicerai talak tiga

Melda diceraikan oleh suaminya hanya dua hari sebelum lelaki itu dilantik sebagai pegawai tetap kerajaan. Mereka telah berkahwin sejak tahun 2020, dan sepanjang tempoh itu, Melda setia berada di sisi suaminya ketika susah dan belum mempunyai pekerjaan tetap.suami

Menurut Melda, perbalahan berlaku pada 14 Ogos 2025 apabila suaminya pulang dari kerja dan memarahinya kerana tiada lauk untuk makan malam. Melda menjelaskan bahawa bahan masakan di rumah sudah habis. Keadaan menjadi tegang apabila isu nafkah mula disebut.

Artikel lain: “Engkau Tak Ada Iman” – Makcik Kemboja Dicerai Suami Dalam Live, Dakwa Kerana Orang Ketiga

Malam itu juga, suaminya terus mengemas pakaian dan melafazkan cerai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Fitri, saya ceraikan kamu dengan talak 1,2 dan 3 dan terus berlalu pergi,” katanya.

Melda akhirnya membawa anak-anaknya pulang ke kampung halaman di Aceh Selatan. Sebuah video menunjukkan Melda menangis sambil dipeluk jiran-jiran ketika mahu pergi.

Video itu menjadi tular dengan lebih 110,000 tontonan dan pelbagai komen simpati daripada warganet.

Peristiwa ini turut menimbulkan perbincangan tentang kelebihan jawatan tetap yang diterima oleh bekas suaminya.

Berdasarkan peraturan semasa, pegawai yang dilantik di bawah skim kerajaan akan menerima gaji pokok penuh 100% mengikut kategori jawatan, berbanding calon penjawat awam tetap yang hanya menerima 80% semasa tempoh percubaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peningkatan status dan gaji mungkin menjadi punca perubahan sikap. Namun bagi Melda, semua itu tidak lagi penting. Dia memilih untuk teruskan hidup demi anak-anaknya.

suami

Kisah Melda menjadi perhatian ramai kerana ia melibatkan isu rumah tangga, tanggungjawab, dan penghargaan terhadap pasangan. Tidak semua orang yang mendampingi kita semasa susah akan terus setia ketika senang.

Apa yang penting, seseorang perlu tahu nilai diri dan berani bangkit apabila dilukai.

Sumber: Suara.Com (M Nurhadi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd