Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inspektor Sheila Buat Hal Lagi? Polis Siasat Dakwaan Ganggu Tugas Anggota Trafik

Seorang wanita yang dikenali sebagai Inspektor Sheila sekali lagi menjadi perhatian selepas tular satu rakaman video yang memaparkan dirinya didakwa menghalang tugas anggota polis trafik serta mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap mereka ketika menjalankan tugas, kelmarin.

Inspektor Sheila halang tugas polis trafik

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian itu berlaku di hadapan sebuah restoran pizza di Jalan Ipoh sekitar jam 9.30 malam ketika anggota polis sedang menahan seorang pemandu warga Pakistan yang memandu tanpa lesen.

inspektor sheila

“Ketika anggota polis sedang berurusan dengan pemandu terbabit, wanita dikenali sebagai Sheila tiba-tiba datang dari arah belakang dan menuduh anggota berkenaan mengugut pemandu lelaki berusia 34 tahun itu,” katanya.

Artikel lain: Lima Pelajar Mengaku Bersalah, Tunggang Motosikal Secara Berbahaya Sehingga Halang Ambulans

Menurutnya wanita berkenaan turut didakwa mengeluarkan kata-kata yang memperlekehkan kredibiliti pasukan polis selain menuduh anggota terbabit tidak mengetahui undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan kejadian itu, anggota polis terlibat telah membuat laporan bagi tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh atau menghina di tempat awam.
“Siasatan sedang dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan,” ujarnya.

inspektor sheila

Difahamkan, video yang dimuat naik wantia berkenaan di media sosial mendakwa anggota polis trafik tersebut telah mengugut seorang penunggang motosikal warga Pakistan.

Untuk rekod, Inspektor Sheila ialah pegawai polis yang pernah dikenakan tindakan tahan kerja pada 23 Jun 2023.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Sosial

Seorang penghantar makanan berkongsi pengalaman luar biasa yang mengubah rutin hariannya selepas satu video dimuat naik di TikTok mencetuskan perhatian ramai pengguna media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd