Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inkues Zara Qairina: Peguam Tertuduh Tidak Dibenarkan Jadi Pihak Berkepentingan

Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan koroner dalam membenarkan peguam untuk tertuduh remaja menjadi pihak berkepentingan dalam inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Peguam tertuduh tak dibenarkan

Zara Qairina Peguam tertuduh tak dibenarkan

Memetik laporan Harian Metro, mahkamah memaklumkan pihak-pihak tersebut bebas untuk memperbaharui permohonan mereka di hadapan koroner baharu.

Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu setelah mendengar hujah daripada semua pihak, hari ini.

Perkara tersebut terjadi susulan semakan yang difailkan oleh pasukan peguam keluarga Zara Qairina dan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apa-apa perintah yang dibuat berkaitan sebarang permohonan dalam inkues terbabit adalah dibatalkan. Pihak-pihak terbabit bebas untuk memperbaharui permohonan mereka di hadapan koroner baharu,” katanya.

Menurut Duncan, koroner akan membuat perintah menerima peguam bagi tertuduh remaja sebagai pihak berkepentingan bagi membenarkan mereka mengambil bahagian dalam prosiding inkues.

“Tidak lama selepas itu, beliau (koroner terdahulu) menarik diri atas alasan kepentingan peribadi dalam perkara itu.
“Selepas berpandangan bahawa beliau tidak boleh meneruskan kes itu, adalah tidak wajar untuk beliau memutuskan isu substantif yang sepatutnya diserahkan kepada pertimbangan Koroner baharu, kerana tindakan itu sama seperti membuat keputusan bagi pihak koroner akan datang dan menjejaskan prinsip kesaksamaan,” kata Duncan.

Dalam pada itu, mahkamah turut menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) terhadap SLS.

Tambah Duncan lagi, biarpun SLS hadir dalam inkues ini hanya sebagai pemerhati, dengan peranannya terhad kepada memerhati prosiding dan membantu mahkamah jika dijemput, Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk memanggil dan memeriksa rekod mana-mana prosiding di hadapan mahkamah bawahan bagi memastikan ketepatan, kesahan atau kewajaran sebarang penemuan, hukuman atau perintah, serta keteraturan prosiding.

Difahamkan, bidang kuasa penyeliaan dapat dilaksanakan atas usul Mahkamah sendiri membenarkan mana-mana pihak boleh membawa sesuatu isu kepada perhatian Mahkamah untuk pertimbangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memandangkan dimensi kepentingan awam dalam perkara ini dan peranan Persatuan Undang-Undang Sabah sebagai penjaga kepentingan itu, saya berpandangan bahawa locus standi tidak sepatutnya menghalang mereka daripada membangkitkan isu ini.
“Oleh itu, saya menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya bijaksana,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Pengarah Pendakwaan Negeri, Nahra Dollah yang mengetuai pihak pendakwaan, membangkitkan bantahan awal terhadap permohonan SLS.

Beliau menjelaskan, pemohon SLS, dalam kapasitinya sebagai pemerhati, tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Koroner yang membenarkan peguam bagi tertuduh remaja diterima sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues dan keputusan koroner untuk menarik diri daripada mendengar lanjut perkara itu.

Bagi permohonan semakan itu, SLS mempersoalkan undang-undang sama ada koroner tersilap dari segi undang-undang apabila membenarkan peguam bagi tertuduh remaja diterima sebagai pihak berkepentingan dalam inkues.

Keduanya, keputusan koroner yang membenarkan peguam tertuduh remaja menjadi pihak berkepentingan kekal sah di sisi undang-undang, dalam keadaan koroner itu kemudiannya menarik diri kerana potensi konflik kepentingan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

SLS dan pasukan peguam keluarga Zara Qairina memfailkan permohonan semakan mereka secara berasingan mengikut Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah.

Pasukan SLS dianggotai presidennya, Datuk Mohamed Nazim Maduarin, Jamadi Saleh, Dominic Ghani, dan Nabila Norsahar.

Peguam Shahlan Jufri, bersama-sama Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Farrah Nasser, dan Elhanan James mewakili keluarga Zara Qairina.

Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan mewakili seorang daripada tertuduh remaja yang dikaitkan dengan kes buli Zara Qairina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peguam Azhier Farhan Arisin, bersama Abdul Fikry Jaafar Abdullah, mewakili empat lagi tertuduh remaja yang lain.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Tangguh inkues bukan untuk lengahkan keadilan – Ram Singh

Terdahulu, pada 28 Ogos, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz bertindak sebagai koroner, berkata inkues akan diteruskan seperti yang dijadualkan tetapi akan didengar di hadapan koroner berbeza iaitu Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan.

Untuk rekod, tarikh perbicaraan inkues ditetapkan bermula pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September, dan 22 hingga 30 September ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Ersie Anjumin)

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama Dr Wong Lu Yang terus menjadi tumpuan hangat di media sosial sejak Sabtu lalu selepas didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan “office wife” yang...

Lokal

Seorang wanita berusia 28 tahun nyaris maut selepas ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas sekitar...

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Nasional

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof menegaskan bahawa transformasi inovatif sistem bekalan elektrik adalah nadi utama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd