Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

‘Influencer’ Barat Mula Kaji Al-Quran, Ribuan Jiwa Pilih Peluk Islam

Baru-baru ini, ramai yang sudah mula kaji al-Quran termasuklah influencer barat malah, ada yang tertarik untuk memeluk agama Islam.

Benar orang kata, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah tersendiri. Begitu juga apa yang dilakukan oleh tentera Israel yang melakukan kekejaman terhadap Palestin sehingga berjaya membuka mata orang ramai di seluruh dunia.

Gerakan tersebut dipercayai bermula dengan pempengaruh TikTok, Megan Rice apabila beliau memulakan usaha ‘non Muslim reading Quran’.

Influencer mula kaji al-Quran

Artikel lain: Bertahun Hanyut Jadi Transgender, Lelaki Syukur Diberi Peluang Peluk Islam

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya membuat video yang mengatakan bahawa saya kagum dengan kepercayaan Palestin dan orang ramai memberi komen ‘Well yeah, girl, that’s Islam. Have you read the Quran? You should probably read the Quran’ (Baiklah saudari, itulah Islam. Sudahkah anda membaca al-Quran? Anda mungkin perlu membaca al-Quran),” katanya menerusi sedutan video yang dikongsikan di akaun TikTok megan_b_rice miliknya.

Apa yang lebih menarik, selain berkongsi petikan terjemahan ayat al-Quran, dia turut lantang memperjuangkan kebebasan Palestin malah kagum dengan semangat rakyat Palestin dalam menentang zionis.

Seorang lagi influencer yang dikenali sebagai Jackjackwilds sanggup membeli al-Quran gara-gara terinspirasi dengan perkongsian yang dilakukan oleh Megan Rice.

“Saya cuba untuk memahami bagaimana rakyat Palestin kekal berdaya tahan. Sebagai orang Yahudi, membaca teks (al-Quran) buat kali pertama. Saya tidak pernah melihat al-Quran sebelum ini.
“Saya tidak tahu apa-apa perkara ini, propaganda berkaitan. Saya ‘mengenyahkan program’ semasa saya cuba mendapatkan bahan pendidikan,” katanya.

Bahkan, Jackjackwilds juga membuat pengakuan bahawa dirinya sudah bersyahadah dan memeluk agama suci berkenaan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh akaun @Wasiat Akhir Zaman di laman Instagramnya, dia mendakwa ribuan penganut di Irlandia dari pelbagai agama mula peluk Islam sejak tercetusnya konflik perang di Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin, angka kematian akibat serangan tentera penceroboh Israel ke atas Gaza kini melebihi 10,000 orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @Megan Rice, @Jackjackwilds, Instagram @Wasiat Akhir Zaman

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd