Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penganjur Antara 50 Individu Dipanggil Polis Berhubung Program Motivasi Kontroversi

Seramai 50 individu termasuk penganjur dan peserta program motivasi rumah tangga yang didakwa mengandungi unsur lucah dan jelik akan dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua individu berkenaan akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan, susulan pendedahan kontroversi yang menimbulkan kemarahan masyarakat.

program motivasi

Foto: Harian Metro

“Kesemua 50 individu terbabit akan dipanggil. Buat masa ini, saya tidak dapat dedahkan siapa dan bila mereka akan diambil keterangan.
“Kita akan mulakan dengan pasangan suami isteri yang dipercayai menganjurkan program berkenaan,” katanya.

Program yang dinamakan e-Hati itu didakwa berlangsung di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam, mencetuskan kekecohan selepas beberapa peserta tampil membuat pendedahan bahawa mereka diminta untuk melakukan aksi tidak senonoh.

program motivasi

Foto: Berita Harian

Antara dakwaan lain termasuk peserta diberi minuman dikenali sebagai ‘Air Piya’ yang dikatakan mengandungi bahan mengkhayalkan, selain diarahkan menjalani upacara ritual seperti ‘mandi suci’ dan ‘ kelahiran semula’ yang menyerupai amalan keagamaan tertentu.

Artikel lain: Penceramah Bebas Direman Tiga Hari, Disyaki Tipu RM140,000 Guna Nama Sekolah Agama

Mengulas lanjut, Hussein memaklulmkan bahawa sampel minuman tesebut masih belum dihantar ke makmal forensik kerana polis masih dalam proses mengenal pasti saksi penting.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mengenai Air Piya, siasatan sedang dijalankan dan buat masa ini, ia belum dihantar ke makmal. Kita masih perlukan keterangan beberapa saksi terlebih dahulu,” ujarnya.

program motivasi

Terdahulu, polis memaklumkan kertas inkuiri telah dibuka bagi menilai sama ada wujud elemen jenayah dalam penganjuran program tersebut.

Sementara itu, dalam hantaran terbaharu di media sosial, seorang pengguna mendakwa dua wanita telah membuat persembahan tarian bogel ketika program motivasi itu berlangsung.

Program motivasi berkenaan yang diusahakan oleh pasangan suami isteri itu sebelum ini turut didakwa mengarahkan peserta menjalani pelbagai aktiviti mencurigakan yang menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Sumber: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd