Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

IKEA Beri Kerja Kosong Dalam Kedai Maya Di Game Roblox, Tawar Gaji RM78 Sejam

Rangkaian syarikat perabot terkemuka dunia, IKEA UK dilaporkan sedang beri kerja kosong dan mencari pekerja dari dunia sebenar untuk bekerja dalam sebuah kedai maya di dalam platform permainan Roblox.

Memetik laporn CBS News, IKEA berkata pekerjanya akan dibayar pada kadar £13.15 / €14.80 (RM78.89/RM75.62) sejam, sama seperti rakan sekerja di London dalam dunia nyata.

IKEA beri kerja kosong dalam kedai maya di Roblox

Pada masa yang sama, syarikat perabot ini juga berkata kadar bayaran ini juga selaras dengan kadar gaji sebenar dari Living Wage Foundation.

IKEA memaklumkan permainan ini dikenali sebagai ‘Co-Worker Game’ dan akan  dilancarkan pada 24 Jun 2024 sekaligus membolehkan pemain merasai pengalaman bekerja dalam alam maya IKEA.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, individu yang berjaya dipilih akan membantu pelanggan dan boleh dinaikkan pangkat ke jabata baru dan bekerja di mana-mana bahagian IKEA termasuk menyajikan bebola daging.

Jawatan-jawatan ini dilaksanakan secara jarak jauh namun pemohon perlu tinggal di London dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan keatas.

Permohonan terhadap kerja kosong ini dibuka sehingga 16 Jun dan IKEA akan mengadakan temu bual atas talian bermula 14 Jun hingga 18 Jun.

Dalam pada itu, IKEA turut memaklumkan pekerja baharu yang terpilih akan dibayar untuk masa mereka sepanjang berada di dalam permainan Roblox.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengurus IKEA UK dan Ireland, Darren Taylor berkata langkah ini diambil bagi menunjukkan bahawa mereka mampu menyediakan pekerjaan dengan cara berbeza.

“Kami teruja untuk menjadi jenama pertama yang melancarkan kerja berbayar di Roblox untuk mempamerkan bagaimana kami melakukan kerjaya dengan cara yang berbeza.
“Di Ikea, tiada laluan tetap untuk perkembangan kerjaya. Rakan sekerja kami boleh menukar peranan, bertukar jabatan dan berkembang ke arah mana-mana yang mereka pilih, sama ada dalam permainan atau di dunia sebenar,” katanya.

Sementara itu, menerusi laman web IKEA UK, syarikat itu memaklumkan hanya 10 calon akan terpilih untuk melakukan beberapa tugas seperti bekerja di Bistro, menolong orang lain memilih perabot dan banyak lagi.

Sumber: CBS News, IKEA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa dibedah bagi mencabut 12 batang gigi selepas pemeriksaan pakar mendapati keseluruhan struktur giginya rosak teruk akibat karies botol susu, keadaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd