Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Insiden Anak Rafizi : KPN Dedah Identiti Suspek Sukar Dikenal Pasti, CCTV Tak Jelas

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tidak jelas telah menyukarkan pihak polis mengenal pasti suspek yang terlibat dalam insiden membabitkan anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos lalu.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memberitahu pihaknya telah mengesan beberapa individu menerusi rakaman tersebut namun, identiti mereka tidak dapat disahkan.

Identiti suspek sukar dikenal pasti

Identiti suspek sukar dikenal pasti

“Kita sedia maklum bahawa ada beberapa individu yang kita kenal pasti melalui rakaman, tetapi rakaman itu tidak nampak begitu jelas dan tidak dapat dikenali individu berkenaan,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, beliau turut berkata pihaknya masih menunggu perkembangan daripada pihak hospital berkaitan kandungan cecair yang disuntik pada tubuh anak Ahli Parlimen Pandan itu.

“Siasatan cecair bahan kimia dibuat oleh pihak hospital, jadi kita mengesan tentang pergerakan itu (tunggu perkembangan itu),” katanya.

Artikel lain: Polis Giat Kesan Dua Lelaki Serang Anak Rafizi, Motif Insiden Masih Disiasat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Identiti suspek sukar dikenal pasti

Terdahulu, Rafizi mendakwa anaknya telah diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos lalu.

Katanya, kejadian itu berlaku sekitar jam 1.45 petang ketika anak dan isterinya baru memasuki kereta untuk beredar dari lokasi tersebut dan anaknya ditarik secara tiba-tiba serta dicucuk dengan jarum suntikan.

Sumber: Malaysia Gazette (Shawaliah Hadir)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd