Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Subahat Biar Teman Lelaki Perkosa Anak Kandung

Seorang wanita dan teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas pertuduhan bersubahat dalam jenayah seksual terhadap anak kandung wanita itu yang masih di bawah umur, tahun lalu.

Ibu kandung bersubahat dengan teman lelaki

Menurut laporan Buletin TV3, tertuduh lelaki, Azman Hasim, 61, didakwa memperkosa kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun empat bulan di sebuah rumah di Taman Seraya sekitar pertengahan tahun lalu.

subahat

Foto: Sinar Harian

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

Artikel lain: Dera Kanak-Kanak OKU Sehingga Maut, Ibu Kandung dan Bapa Tiri Direman

Lebih mengejutkan, ibu kandung mangsa yang berusia 37 tahun turut berdepan pertuduhan bersubahat dengan tertuduh dalam kejadian yang berlaku di depan matanya sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ibu kandung mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 375(g), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

subahat

Foto: Kosmo!

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin, tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua tertuduh kerana dikhuatiri boleh mengganggu mangsa yang juga anak kandung tertuduh wanita.

“Azman mempunyai hubungan dengan ibu mangsa, manakala wanita itu pula masih ibu kandung mangsa dan mereka pernah tinggal bersama. Mangsa kini ditempatkan di bawah jagaan ibu saudaranya,” katanya.
subahat

Foto: Harian Metro

Ketika ditanya hakim sama ada terdapat penjamin hadir bagi pihak kedua-dua tertuduh, pasangan berkenaan mengesahkan tiada ahli keluarga yang hadir.

Mahkamah menetapkan 7 Ogos depan bagi sebutan semula kes untuk pelantikan peguam dan penyerahan dokumen berkaitan.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis ketika cuba ditahan di sebuah kondominium di Wangsa Maju,...

Sosial

Salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memilih untuk pulang ke rumahnya secara senyap tanpa...

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Anak kepada dua delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd