Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Ayah Tak Bermaya Lihat Jenazah 4 Beradik Dikebumikan

Pemergian 4 beradik disebabkan kebakaran di rumah sewa mereka di Kampung Sabak Awor, Muar malam selamam sememangnya menyentuh hati ramai.

Memetik laporan dari Harian Metro, jenazah 4 beradik iaitu  Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4; dan Fatihah Aisyah, 3; dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 8.15 malam.

Sugul dan tak bermaya

Ibu dan bapa kesemua mangsa,  Nabila Sedu, 31; dan Thein Ko Htut, 30 kelihatan sugul dan tidak bermaya apabila anak-anak mereka dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan  Islam Batu 6, Bakri.

Menjengah ke perkongsian aktivis kebajikan, Ebit Lew di Facebook, jenazah mereka telah selamat disolatkan dan dikebumikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/pfbid0B6voyJ418yXWQTqRp2DxfKhoKF9Wv1AiJH3ECith9BgNBaFrv7txUdroVVaevJqVl

Terdahulu, keempat-empat mangsa telah disembahyangkan di  Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan dihadiri oleh kenalan dan juga ahli keluarga mereka sebelum di bawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Dalam kebakaran yang berlaku sekitar 7.45 malam itu, hampir 70 peratus rumah sewa yang dihuni mereka sejak 4 tahun lalu musnah dipercayai berpunca dari litar pintas.

Tragedi yang berlaku begitu cepat itu terjadi sewaktu ibu mereka keluar ke kedai untuk menyediakan juadah berbuka manakala bapa sedang berada di tempat kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik air rumah dipercayai cuba menyelamatkan diri.

Sumber: Harian Metro, Facebook Ebit Kew

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd