Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hospital Islam Az-Zahrah Nafi Arahan Bayar RM8.3 Juta Dalam Tempoh 14 Hari

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) tampil memberikan penjelasan terperinci susulan beberapa laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris yang menimbulkan kekeliruan berhubung satu kes mahkamah membabitkan hospital itu.

Hospital Islam Az-Zahrah nafi kena bayar RM8.3 juta dalam 14 hari

Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di Facebook Hospital Islam Az-Zahrah, pihak pengurusan menjelaskan bahawa kenyataan ini dibuat bagi memperbetulkan tanggapan masyarakat serta menjawab dakwaan-dakwaan yang berlegar di media termasuk media sosial.

Terdapat satu dakwaan melibatkan kejadian lama yang berlaku pada tahun 2003, ketika hospital ini masih dikenali sebagai Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah dan lebih mengejutkan, kes ini hanya mula dibawa ke mahkamah oleh pihak pengadu pada tahun 2018, iaitu selepas 15 tahun kejadian berlaku.

Hospital Islam Az-Zahrah

Foto: Carian Google

Dalam penjelasan lanjut, HIAZ mendedahkan bahwa kes ini melibatkan seorang ibu yang melahirkan anak pada 14 Jun 2002, sebelum datang semula ke hospital pada 26 Februari 2003 dalam keadaan kandungan pra-matang, berusia 26 minggu.

“Ibu kepada bayi telah datang ke HIAZ dengan keadaan bayi pra-matang pada minggu ke-26 (sekitar 6 bulan setengah) usia bayi,” katanya.

Walaupun pakar bertugas telah menjalankan rawatan awal profesional, atas pertimbangan klinikal ketika itu, ibu berkenaan telah dirujuk ke Hospital Putrajaya dan akhirnya bayi dilahirkan disana, bukan di HIAZ seperti yang didakwa di dalam sesetengah laporan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Justeru, ingin dijelaskan bahawa bayi tersebut tidak dilahirkan di HIAZ,” tegasnya.

HIAZ turut menekankan bahawa insiden itu berlaku di bawah pengurusan lama, dan tidak mencerminkan situasi serta kualiti pengurusan sekarang.

“Kini, HIAZ diuruskan oleh pihak pengurusan baru yang segar dan komited serta bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami,” ujarnya.

Menyentuh isu kewangan yang dilaporkan media, HIAZ menjelaskan bahawa pengurusan lama sedang berusaha menyelesaikan tuntutan penghakiman dan sebahagian besar jumlah itu telahpun dibayar.

Artikel lain: Tuntut Lebih RM36 Juta, Bekas CEO Saman Yayasan Dan Bank Rakyat

Maka, jelas bahawa isu ini adalah berkaitan jumlah hutang tertunggak, dan tidak melibatkan operasi harian hospital yang kini dikendalikan sepenuhnya oleh pengurusan baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Isu ini adalah semata-mata isu jumlah hutang yang belum dilangsaikan dan bukan perkara berkaitan operasi harian hospital yang diuruskan oleh pengurusan baru.”  jelasnya.

Pihak hospital juga mengesahkan mereka akan membantah proses penyitaan yang dijalankan oleh pihak peguam penuntut kerana terdapat kekhilafan dalam proses tersebut.

Dalam masa sama, HIAZ menafikan leporan yang meneybut mereka diarahkan untuk membayar RM8.3 juta dalam tempoh 14 hari kerana menurut mereka, proses undang-undang masih berlangsung dan tiada keputusan muktamad yang memaksa pembayaran dalam tempoh tersebut.

Lebih membimbangkan, pihak HIAZ mendakwa akbar terbabit telah membuat salah lapor, termasuk menyiarkan gambar kawasan berpita keselamatan seolah-olah menunjukkan hospital ditutup.

Sedangkan kawasan tersebut bukanlah sebahagian daripada operasi hospital dan tiada kaitan dengan insiden yang dilaporkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini merupakan berita yang salah dan memberikan tanggapan buruk kepada pembaca,” katanya.
Hospital Islam Az-Zahrah

Foto: Carian Google

Hospital juga menyatakan rasa kesal apabila laporan tersebut turut cuba mengaitkan Menteri Kesihatan, sehingga mencetuskan salah faham bahawa pesakit perlu dipindahkan dari hospital.

Sebagai langkah tanggungjawab, pihak HIAZ telah menghubungi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi penjelasan rasmi serta mengesahkan bahawa keadaan sebenar adalah terkawal.

Akhir sekali, HIAZ memberi jaminan bahawa semua operasi hospital berjalan seperti biasa dan pihak mereka akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

Sumber: Facebook @Hospital Islam Az-Zahrah Bandar Baru Bangi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd