Hari tanpa gula di Parlimen bakal dilaksanakan sewaktu bersidang pada setiap Rabu dan hari berjalan sepanjang persidangan berlangsung.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, usaha tersebut bagi menyemai gaya hidup yang sihat khususnya dalam kalangan ahli Parlimen.
Foto: Astro Awani
“Hari tanpa gula ini bukan saja akan membabitkan kakitangan Parlimen tetapi meliputi ahli-ahli Parlimen juga. Bagi menyemarak gaya hidup sihat, Hari Tanpa Gula akan dilaksanakan di Parlimen Malaysia pada setiap hari Rabu.
“Hari Tanpa Gula ini bukan sahaja akan melibatkan kakitangan Parlimen tetapi turut melibatkan Ahli-Ahli Parlimen juga. Ini selaras dengan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan bersama,” katanya dalam Dewan Rakyat pada Isnin.
Foto: Kosmo Digital
Beliau berkata, seiring penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Oktober lalu, sebanyak 28 kawasan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok iaitu termasuk di bangunan Parlimen.
“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menetapkan merokok dan penggunaan rokok elektronik perlu melebihi jarak tiga meter dari bangunan.
“Oleh demikian pihak pengurusan Parlimen sediakan tiga lokasi yang bersesuaian untuk perkara tersebut iaitu berhadapan kafeteria di blok Ahli Parlimen dan pentadbiran, kawasan bersebelahan blok utama bertentangan dengan blok sementara dan berhadapan dewan serbaguna bersebelahan taman herba,” katanya.
Dalam pada itu, Johari berkata, Parlimen juga sudah melaksanakan projek Sistem Fotovolta Suria, sebagai sebahagian usaha menyokong dasar berkaitan tenaga boleh diperbaharui.
“Parlimen Malaysia merupakan antara Parlimen terawal di dunia mengoptimumkan penggunaan tenaga solar dengan kapasiti 1.5 megawatt-peak sebagai inisiatif peralihan kepada sumber tenaga yang lebih lestari,” ujarnya.
Sumber: Utusan Malaysia (Arif Aiman Asrol dan Hafiz Saidina)