Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hari Bertemu Pelanggan 2024 Bukti Komitmen JDN Pacu Transformasi Pendigitalan Sektor Awam

Bersempena dengan ulang tahun pertama penubuhan Jabatan Digital Negara (JDN) 12 Disember ini, jabatan itu telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan (HBP 2024) buat pertama kalinya pada 3 Disember lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Acara yang menghimpunkan warga kerja JDN serta kumpulan teknologis dari pelbagai Kementerian/Jabatan telah meraikan pelanggan jabatan ini yang diperkasa selain menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan baharu untuk kemudahan pengguna sektor awam.

Hari Bertemu Pelanggan 2024 JDN

“Seramai lebih 1,000 orang telah hadir memeriahkan HBP2024: Di Ambang Setahun JDN. Ini dilihat sebagai salah satu pendekatan JDN dalam penjenamaan semual MAMPU kepada JDN kepada agensi kerajaan dan orang awam,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, pelbagai aktiviti juga diadakan seperti cabaran interaktif, kuiz uji minda dan explorace yang disertai 10 kumpulan daripada pelbagai agensi Kerajaan sekitar PICC.

Selain itu, HBP2024: Di Ambang Setahun JDN juga telah mengadakan taklimat DIGITALk dan Seminar Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA) bagi memberi pendedahan yang lebih komprhensif kepada pelanggan tentang produk dan perkhidmatan JDN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini membuktikan JDN sentiasa peka dengan dasar penjimatan Kerajaan manakala pemilihan “Hari Bertemu Pelanggan” adalah salah satu pendekatan JDN dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggannya.
“Ini selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008: Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan walaupun belum genap setahun usia,” ujar jabatan itu.

Acara ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JDN, Ts. Dr. Fazidah Abu Bakar yang turut menerima kunjungan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Fabian Bigar yang sempat mengadakan lawatan ke 30 reruai industri, rakan strategik dan bahagian-bahagian di JDN.

Hari Bertemu Pelanggan 2024 JDN

HBP2024: Di Ambang Setahun JDN adalah rangkuman lima sub acara iaitu Perutusan Akhir Tahun 2024 oleh Ketua Pengarah JDN merangkap Ketua Perkhidmatan Skim Pegawai Teknologi Maklumat, Penyerahan Surat Pelantikan JDN Sebagai Ketua Sektor Kerajaan National Critical Information Infrastructure (NCII), Peluncuran eKad Laporan 2024 dan Pelan Strategik JDN, dan Seminar Pengurusan Projek ICT Sektor Awam atau PPrISA 2.0.

Acara ini membuktikan empati dan komitmen JDN dalam memacu transformasi pendigitalan sektor awam selaras visi “Kerajaan Digital Mampan Pemangkin Negara Digital” menerusi pembangunan ekosistem digital yang inovatif, inklusif, dan mesra rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd