Pempengaruh dan ikon permotoran, Haqiem Stopa gagal menahan air mata apabila menitipkan pesanan istimewa buat putera sulungnya, Hud.
Titip pesan buat anak
Menerusi sesi temu bual yang dimuat naik di TikTok, Pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, berkata dia gagal mencorak kehidupan anaknya dan tidak mampu mempertahankan keluarga kecil mereka.
@podcastsembangohhyeahh Pesanan @Haqiemstopa buat anaknya Video penuh di YT Sembang Ohh Yeahh #fyp #podcast #podcastclips #sembangohhyeahh #haqiemstopa
“Daddy minta maaf sebab banyak gagal dalam mengaturkan corak hidup yang patut daddy buat sebaik mungkin.
“Sama juga untuk mommy (Aireena Sofia), saya minta maaf sebab gagal mengatur dan membuat pilihan yang sebaiknya.
“Mommy sentiasa buat yang terbaik untuk masa depan awak. Ada salah dan silap, daddy minta maaf. Semoga dapat jumpa yang lebih baik daripada daddy sekarang. Daddy janji akan buat yang terbaik sampai akhir hayat. Semuanya untuk awak,” luah Haqiem.
Sementara itu, Haqiem berjanji akan bekerja lebih keras untuk memberikan kehidupan yang baik buat anaknya itu biarpun sudah bercerai bersama bekas isteri, Aireena Sofia.
Artikel lain: Isteri Sahkan Penceraian Dengan Haqiem Stopa – “Doakan Terbaik Untuk Saya Dan Anak”
Terdahulu, masalah rumah tangga pasangan ini mula mendapat perhatian umum selepas Aireena memfailkan permohonan cerai terhadap Haqiem pada 4 November tahun lalu.
Keretakan rumah tangga mereka dikatakan berpunca daripada kehadiran orang ketiga apabila Aireena menerusi hantaran di Threads mendakwa Haqiem berlaku curang.
Malah, Aireena turut mendakwa Haqiem mempunyai hubungan istimewa dengan seorang wanita berusia 18 tahun.
Untuk rekod, Haqiem dan Aireena sah menikah pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia empat bulan.
Sumber: TikTok podcastsembangohhyeahh







































