Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hanya 29 Peratus Rakyat Ada Pencen Bila Bersara, Malaysia Perlukan Reformasi Rangka Kerja

Malaysia perlu melakukan reformasi terhadap rangka kerja pencen dan persaraan memandangkan hanya 29 peratus sahaja rakyat di negara ini yang mempunyai pencen serta pendapatan ketika bersara.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan cadangan tersebut adalah berdasarkan survei baru-baru ini yang menunjukkan sebanyak 26.1 peratus warga emas berusia 60 tahun ke atas masih perlu bekerja sehingga menghadapi masalah kesihatan kerana menghadapi cabaran untuk mencapai jaminan pendapatan yang mencukupi.

Foto: Malaysiakini

Dalam pada itu, Anwar berkata, hanya 29 peratus daripada rakyat Malaysia yang memiliki pencen atau sumber pendapatan ketika bersara memandangkan populasi warga emas dilihat lebih terdedah kepada kemiskinan berbanding rata-rata penduduk Malaysia yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan bahawa satu daripada empat ahlinya menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh lima tahun selepas mencapai umur pengeluaran.
“Keadaan sekali gus manfaat KWSP akan menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak dapat mengekalkan taraf hidup yang munasabah semasa bersara atau menguruskan risiko kelanjutan usia,” katanya hari ini.

Bagi memastikan setiap generasi dapat menjalani usia tua yang bermaruah, Anwar berpendapat bahawa reformasi secara aktif perlu dilakukan terhadap rangka kerja pencen Malaysia.

“Penyelesaian baharu diperlukan dalam memastikan tiada sesiapa yang tertinggal dan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada perlindungan sosial.
“Memperluaskan perlindungan KWSP secara berfasa, supaya lebih ramai populasi penduduk pada usia bekerja akan menjadi sebahagian daripada ekosistem KWSP yang akan memastikan lebih ramai rakyat Malaysia boleh mengumpul simpanan persaraan mencukupi, untuk hari tua mereka,” ujarnya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan negara ini bakal beralih kepada Negara Tua dalam tempoh 23 tahun memandangkan ia memiliki 14 peratus penduduk berusia 65 tahun ke atas.

Foto: Business Today

Tambahnya lagi, Kerajaan Perpaduan komited untuk meningkatkan taraf kehidupan warga emas di negara ini sekali gus membina masyarakat yang lebih adil untuk semua selaras dengan konsep Madani.

“Sehubungan itu, kerajaan bercadang untuk memperkukuh dua tonggak perlindungan sosial…Untuk bantuan sosial, kerajaan akan memperkasakan lagi program bantuan sosial bagi memberi sokongan dan jaringan keselamatan kepada rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kewangan.
“Bagi merangsang Pasaran Buruh, kerajaan akan terus memperkukuh inisiatif latihan, bantuan pengangguran dan program lain, untuk mendapatkan rakyat Malaysia pekerjaan yang akan meningkatkan taraf hidup mereka,” jelasnya lagi.

Sumber: Bernama 

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd