Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Hafaz 30 Juzuk, Nurly Shahirah Tulis Ayat Al-Quran Jadi Kaedah Hafalan

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah 30 juzuk al-Quran.

Nurly hafaz 30 juzuk

Nurly hafaz 30 juzuk

Tular satu hantaran di Facebook, menceritakan amalan yang dilakukan oleh Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman, 23, semasa hayatnya di dunia dan paling mengejutkan apabila arwah dipercayai menulis sendiri ayat suci itu menggunakan tangan bagi memudahkan proses hafalan.

“Sekian banyak kebaikan daripada peristiwa kemalangan bas penumpang yang membawa pelajar UPSI, salah seorang daripada mangsa adalah seorang hafizah al-Quran.
“Menurut abang mangsa (Najmuddin Azman), Allayarhamah Nurly Sahirah binti Azman adalah seorang yang suka mengulang al-Quran dan antara kaedah untuk sentiasa mengingatnya dengan menulis semula al-Quran secara keseluruhan menggunakan tangan,” kata pengguna Facebook itu, Zahiruddin Juatin  pada Isnin.

Nurly hafaz 30 juzuk

Dalam pada itu Najmuddin berkongsi, Nurly juga dikatakan menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan mendakap kalam suci tersebut selain solat jenazah buat arwah turut dihadiri oleh orang ramai sehingga keadaan di masjid menjadi padat bagi memberikan penghormatan terakhir.

Nurly hafaz 30 juzuk

Foto: Sinar Harian

“Dikatakan juga ketika kemalangan Nurly sedang memeluk al-Quran.
“Melihat kepada ramainya jemaah yang menguruskan sehingga solat jenazah padat di dalam masjid, tempat mayat mangsa diuruskan dengan pelbagai latar belakang termasuk asatizah dan orang alim.
“Cukup menceritakan tentang kebaikan dan kelebihan mereka yang meninggal ketika sedang dalam perjalanan menuntut ilmu. Insya-Allah syurga bagi mereka semua,” jelasnya.

Artikel lain: Alza Dilanggar Bas Pelajar UPSI: Keluarga Ustaz Lutfi Cedera, Anak Lelaki Tercampak Keluar

Untuk rekod, kemalangan tersebut melibatkan sebuah bas membawa 42 penuntut UPSI yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak merempuh kenderaan pelbagai guna Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik, awal pagi Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Zahiruddin Juatin

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd